Kedah FC tetap dipotong 3 mata kena denda RM50,000, belum lunaskan gaji Lee Tuck dan Jonathan Balotelli


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Skuad Sang Kenari kekal beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024/2025 selepas MFL dan FIB mengesahkan kelab itu berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain. — Facebook/KDAFC

PADA Isnin, badan bebas, First Instance Body (FIB) mengesahkan bahawa kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 20 April 2024 pukul 5.00 petang.

Pengerusi FIB, Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, berdasarkan surat bertarikh 18 April 2024 serta dokumen pembayaran yang telah diserahkan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang kemudiannya disemak oleh FIB, KDA FC berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai Liga Super, pasukan Bawah 23 Tahun, Bawah 20 Tahun dan Bawah 18 Tahun.

Beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL pada Isnin begaimanapun berkata, terdapat dua pemain yang masih belum mendapat bayaran berikutan kes masih dalam perbicaraan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu Lee Andrew Tuck dan Jonathan Balotelli.

BACA LAGI: Hanya seri lawan 'adik', fans risau 'squad depth' TFC

Stuart

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam (tengah) menerusi MFL memaklumkan KDA FC sudahpun melangsaikan tunggakan gaji pemain. — Agensi

BACA LAGI: Bek import baharu Sabah diduga bakal jadi 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M

Namun, kesemua bayaran tunggakan seperti yang diarahkan oleh FIB berjaya diselesaikan oleh KDA FC bagi membolehkan skuad Sang Kenari itu kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.

FIB bagaimanapun mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024/2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir 30 Mac 2024 sebelum FIB memberi lanjutan masa sehingga 20 April 2024.

Terdahulu, badan bebas, FIB berkata, jika KDA FC gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikannya pada pukul 5.00 petang 20 April, Lesen Kebangsaan kelab itu boleh ditarik balik dan tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram