Hanya seri lawan 'adik', fans risau 'squad depth' TFC


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Sebahagian aksi menarik antara pertemuan skuad 'abang adik' dalam perlawanan penutup pramusim Agarbomb Performance Cup pada Ahad. — Facebook/TFC

TERENGGANU FC (TFC) terpaksa akur diikat tanpa jaringan dengan pasukan 'adik', TFC II pada perlawanan persahabatan pramusim Agarbomb Performance Cup 2024 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Ahad.

Menariknya aksi penutup pramusim tersebut, skuad 'abang' tampil tanpa kelibat tonggak utama seperti pemain bintang Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade dalam kesebelasan utama mereka.

Ketua Jurulatih Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner mengambil tindakan luar jangka apabila menurunkan barisan kedua yang diketuai oleh pemain berpengalaman, Argzim Redzovic.

BACA LAGI: Hadir aksi Kedah-Terengganu, Rizal Ghazali antara 3 bintang mungkin dipanggil semula Pan-gon

WhatsApp Image 2024-04-22 at 09.54.42 (1)

Argzim Redzovic (dua kanan) dikritik penyokong kerana gagal membantu TFC menewaskan skuad 'adik'. — Facebook/TFC

BACA LAGI: Bek import baharu Sabah diduga bakal jadi 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M

Steinbruckner yang mengambil kesempatan untuk menguji 'squad depth' Sang Penyu nyata buntu dalam mencipta sebarang jaringan sebaliknya menerima saingan sengit oleh anak-anak buah Hairuddin Omar.

Dalam aksi tersebut, anak-anak buah pengendali kelahiran Croatia itu nampak bergelut untuk menembusi benteng pertahanan skuad 'adik' yang dilihat lebih berhati-hati menjaga pintu gawang mereka.

Dalam pada itu, meskipun bergelar juara dalam kejohanan empat penjuru tersebut, segelintir penyokong Sang Penyu berpendapat bahawa 'squad depth' TFC dilihat dalam keadaan merisaukan.

"Nampak sangat TFC tiada 'squad depth' yang betul-betul boleh back up first eleven lagi," kata Putera Xoro II.

"Jelas nampak 'squad depth' TFC ni masih jauh dan belum mampu nak gantikan skuad utama TFC," kata Nazli Suhardi.

"Harap 'squad depth' tingkatkanlah prestasi, bimbang tengok pemain simpanan macam ni, kalau pemain utama cedera, tiada yang boleh gantikan," kata Shukrie Rieey.

Untuk rekod, Sang Penyu berjaya mengutip lima mata dari pertemuan berdepan Penang FC dengan keputusan 1-0, Kedah Darul Aman (KDA) FC (1-1) dan TFC II yang berjaya mengikat skuad 'abang' tanpa jaringan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram