JERSI bola sepak merupakan aspek penting dan positif dalam budaya bola sepak.
Pakaian tersebut bukan sahaja memberikan semangat berpasukan dan identiti namun mampu meningkatkan prestasi dan keselesaan di atas padang.
Bagaimanapun, perlawanan antara Melaka FA berdepan Kelantan FA dalam perlawanan pertama Piala Presiden 2024 sempat menarik perhatian penyokong.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka itu, jersi Melaka FA menjadi perhatian kerana logo Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) tidak tertera di baju berkenaan.
Pemain Melaka yang turun dengan memakai jersi berwarna hijau turquoise-hitam (kiri) mendapat kritikan penyokong kerana tiada logo MAFA. — MAFA
BACA LAGI: Hanya seri lawan 'adik', fans risau 'squad depth' TFC
Dalam pada itu, penyokong Melaka berpendapat bahawa jersi yang dipakai para pemain seolah-olah tidak menggambarkan pasukan itu mewakili negeri berkenaan.
Perkara tersebut disuarakan di laman rasmi Facebook, Melaka United Media yang mengkritik ke mana hilangnya logo MAFA.
"Logo MAFA mana? Pasukan Piala Presiden Melaka turun menentang Kelantan di Stadium Hang Tuah menggunakan jersi keluaran AL tanpa logo Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).
"Sebelum ini, persatuan itu dikritik kerana gagal menyediakan kit latihan bagi pasukan Piala Belia dan jersi yang dikenakan pasukan Piala Presiden pada Sabtu menceritakan segalanya," tulisnya.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong meluahkan kebimbangan sekiranya terdapat beberapa bintang akan mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
"Jersi pun tiada logo MAFA, tak pelik kalau ada pemain yang 'angkat kaki'," kata Zack Jipang.
"Bukan takat logo MAFA tiada, nombor pemain pun tiada, tak sempat lekat ke atau macam mana," kata Mohd Shamil.
"Team lain main friendly pun jersi ada logo, ni Piala Presiden kot," kata Muhd Idham.
Dalam aksi tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila sekadar seri tanpa jaringan pada Ahad (21 April). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram