Saingan 4 penjuru dari Kedah, Penang dan 'abang senior' medan uji kredibiliti anak-anak buah Hai-O


  • Podium
  • Khamis, 18 Apr 2024

Sebahagian aksi antara TFC II berdepan Sang Kenari dalam perlawanan empat penjuru pada Rabu. — Facebook/KDAFC

TERENGGANU FC II (TFC II) antara empat pasukan yang menguji kekuatan masing-masing dalam kejohanan empat penjuru yang berlangsung di Kuala Terengganu bermula 17 April sehingga 21 April 2024.

Kejohanan berkenaan merupakan sebahagian daripada persiapan pramusim pasukan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) yang akan membuka tirainya pada 10 Mei nanti.

Selain TFC II, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner, Terengganu FC, Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC antara pasukan yang beradu tenaga dalam kejohanan empat penjuru tersebut.

Skuad kendalian Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai-O itu memulakan aksi pramusim berdepan KDA FC dengan keputusan yang 0-1 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu pada Rabu.

Bertitik tolak daripada aksi tersebut, anak-anak Hai-O dilihat mempunyai kelebihan dalam penambaikan dari segi serangan dan benteng pertahanan.

Dalam pada itu, analisis Majoriti kali ini akan menceritakan mengenai kelebihan yang dijangka berpotensi untuk membantu anak-anak buah Hai-O menghadapi cabaran kelak.

BACA LAGI: Kesilapan 2 bintang muda Selangor bawa padah buat Harimau Muda

WhatsApp Image 2024-04-17 at 23.52.04 (1)

Skuad kendalian TFC II dijangka bersedia untuk menghadapi saingan Piala MFL musim 2024. — Facebook/KDAFC

BACA LAGI: Tanpa Bergson, Harimau Selatan tetap mengaum di Real

1. Pemain lebih serasi

Menjelang perlawanan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2023 yang akan membuka tirai pada Mei nanti, TFC II mempunyai kelebihan dalam mencipta keserasian dengan cepat.

Hal ini kerana, kejohanan empat penjuru berkenaan memberi peluang kepada TFC II untuk mendapatkan keserasian.

Dalam pada itu, TFC dijangka akan menjadi salah satu pasukan yang digeruni dalam saingan Piala MFL nanti.

Malah, kelebihan beraksi dalam kejohanan empat penjuru itu mampu membolehkan skuad junior Sang Penyu itu mendapatkan kecergasan.

2. Kurang tekanan

Adanya perlawanan persahabatan tersebut, TFC II dijangka akan meneruskan momentum kemenangan dalam Piala MFL bagi musim 2024.

Berdepan dengan tiga kelab Liga Super, TFC II memiliki peluang untuk memberi cabaran kepada kelab-kelab lain seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.

Berikutan persahabatan tersebut, anak-anak buah Hai-O pastinya tidak berdepan sebarang tekanan kerana sudahpun mempunyai pengalaman berdepan kelab senior.

3. Berpeluang mencungkil bakat baharu

Menerusi kejohanan tersebut, Hai-O dijangka mempunyai peluang untuk menilai atau mencungkil bakat baharu yang boleh diketengahkan untuk beraksi buat skuad TFC II.

Pastinya setiap pemain skuad TFC II akan tampil cemerlang dalam perlawanan empat penjuru berkenaan kerana masing-masing mahu mendapatkan peluang menjadi kesebelasan utama beraksi dalam Piala MFL nanti.

Bukan itu sahaja, setiap pemain TFC II juga berpeluang untuk naik pangkat sekiranya berjaya memikat hati pengendali skuad senior, Tomislav Steinbruckner bagi beraksi dalam pasukan TFC II. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram