Tanpa Brendan Gan, Selangor beri bayangan kapten Gergasi Merah baharu


  • Podium
  • Khamis, 18 Apr 2024

Selangor berjaya menewaskan NSFC 1-0 dalam aksi persahabatan di Pusat Latihan Selangor pada Rabu.

SELANGOR FC bermula positif dalam persiapan menuju ke perlawanan pembukaan Liga Malaysia dengan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor bagi mencabar kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali gus mencuri mata berharga pada 10 Mei nanti.

Walaupun Selangor melantik ketua jurulatih baharu, Nidzam Jamil ia tidak mengganggu persiapan pra-musim mereka apabila berjaya merekodkan kemenangan ke atas beberapa pasukan dalam dan luar negara.

BACA LAGI: 'One to watch', 3 import kelab 'underdog' termasuk Penang dan Kelantan yang boleh gegar Liga Super

Faisal Halim

Faisal Halim memakai lilitan kapten Selangor. Facebook/NSFC

Pada Rabu, Selangor menerima kunjungan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam yang menyaksikan anak-anak buah Nidzam Jamil menewaskan skuad The Jangs dengan keputusan 1-0 dalam aksi persahabatan itu.

Selangor dan Negeri Sembilan mengambil kesempatan untuk menguji pemain import baharu yang ditandatangani mereka antaranya Alvin Fortes, Ronnie Fernandez (Selangor), Jacque Faye dan Takumi Sasaki (NSFC).

Apa yang lebih menarik, Nidzam Jamil memberi bayangan bahawa kapten baharu Selangor ialah Faisal Halim apabila menurunkannya dengan lilitan 'armband' pada perlawanan tersebut.

Ia secara tidak langsung memberi bayangan kapten baharu selepas Brendan Gan tidak lagi disambungkan kontrak pada musim baharu ini.

BACA LAGI: 'Bakal jadi perlawanan epik', kelibat Wan Zack, insiden berdarah bayangi pertemuan 'El Clasico Malaya'

Safuwan

Safuwan masih bersama Selangor bagi musim 2024/25. Facebook/Selangor FC

Jika mengambil purata umur dengan pengalaman, pemain import Singapura, Safuwan Baharudin menjadi calon utama untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Brendan Gan.

Bagaimanapun Nidzam Jamil pasti mempunyai pilihan terbaik untuk melantik kapten pasukan baharu menjelang saingan Liga Super yang akan berlangsung bulan depan.

Pada Sabtu, Selangor akan mengunjungi Stadium Ipoh, Perak bagi bertemu anak-anak buah Yusri Che Lah dalam satu perlawanan persahabatan yang mana aksi itu dijangka menjadi tumpuan kedua-dua kelab penyokong. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram