FAM belanja RM2 juta sambung legasi Harimau Malaya, pastikan tiada insiden samseng di liga bawahan


  • Podium
  • Rabu, 17 Apr 2024

Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menjadi johan dalam edisi terdahulu. — Facebook/FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap perbelanjaan sebanyak RM2 juta bagi menganjurkan tiga kejohanan akar umbi dapat meningkatkan prestasi skuad kebangsaan di masa akan datang.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed berkata, suntikan dana diharap dapat memberi perkembangan positif untuk membantu pasukan kebangsaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, pihaknya juga telah membelanjakan sekitar RM2 juta bagi penganjuran ketiga-tiga kejohanan besar itu untuk terus mencungkil bakat muda tempatan.

BACA LAGI: Rumput hibrid TMJ dapat bantu Harimau Malaya ke Piala Asia — FAM

Firdaus

Mohd. Firdaus Mohamed. Facebook/FAM

"Setiap tahun kita anjurkan Piala Presiden dan Piala Belia, tetapi saya ingin melihat prestasi pasukan yang beraksi bawah umur ini meningkat.

"Minta maaf cakap, kita tidak dapat lagi melihat pasukan di peringkat belia ini dapat melonjakkan prestasi pasukan kebangsaan.

"Saya berharap, pasukan yang bertanding jangan cepat rasa selesa, kita kena pastikan bahawa mutu setiap pasukan di peringkat belia ini ditingkatkan," katanya ketika Majlis Pelancaran Bola Rasmi Kejohanan di Wisma FAM pada Rabu.

BACA LAGI: 'Kami tiada headhunter macam skuad lelaki', FAM dan Malayan Tigress buru pemain warisan wanita

M5

Tangkap layar video pergaduhan di Liga M5 pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid mendedahkan bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan ke semua venue terutama membabitkan aksi Piala Presiden dan Piala Belia terutamanya di gelanggang terbuka.

"PDRM mengambil berat isu-isu pergaduhan yang berlaku sama ada perlawanan M3, Piala Presiden, Belia, M4 dan M5.

"Untuk tahun ini, kita jawatankuasa keselamatan telah mengadakan mesyuarat dan PDRM akan menempatkan anggota di semua venue pertandingan dilangsungkan.

"Terutamanya di gelanggang terbuka, kita (FAM) memang mengambil berat isu keselamatan kerana tidak mahu insiden-insiden tahun lepas berulang lagi pada tahun ini," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram