'Kami tiada headhunter macam skuad lelaki', FAM dan Malayan Tigress buru pemain warisan wanita


  • Podium
  • Rabu, 17 Apr 2024

Pasukan bola sepak wanita kini sedang mencari maklumat mengenai pemain warisan yang mampu menguatkan Malayan Tigress.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru penyokong yang mempunyai maklumat mengenai pemain warisan wanita untuk berkongsi dengan badan induk itu mengenai pemain yang boleh beraksi bersama Malayan Tigress bagi meningkatkan kualiti skuad kebangsaan.

Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob semasa Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) di Wisma FAM, Petaling Jaya pada Selasa.

Menurut Suraya, skuad kebangsaan wanita kini kekurangan maklumat mengenai pemain warisan kerana tiada 'headhunter' atau pemburu bakat seperti pasukan lelaki.

BACA LAGI: Hilang khidmat Ivan Mamut, peluang Safawi Rasid curi hati Tomislav Steinbruckner

Suraya

Suraya Yaacob (kiri) meminta jika penyokong ada maklumat mengenai pemain warisan wanita untuk berkongsi kepada FAM. Facebook/FAM

"Kita sedang mencari (pemain warisan) tetapi kita masih belum jumpa, kerana kita tidak ada 'headhunter' yang spesifik untuk wanita.

"Kita belum ada (headhunter), sebab kita tiada 'feast to eat' (pemain tersedia) bukan macam skuad lelaki.

"Jadi saya boleh guna platform ini untuk uar-uarkan kepada sesiapa yang tahu 'headhunter' yang memang cari untuk naturalised (bermain secara lokal) pemain wanita boleh ke depan dan berjumpa setiausaha agung (FAM)," katanya ketika ditemui.

BACA LAGI: Kelab milik bekas bintang JDT uji kemampuan Harimau Selatan di Sepanyol

Fredy Druijf

Druijf musim ini beraksi bersama PEC Zwolle di Liga Belanda. Agensi

Sebelum ini, arena bola sepak digemparkan dengan pendedahan mengenai pemain-pemain yang beraksi di liga sekitar Eropah yang didakwa mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Antara pemain yang dikhabarkan mempunyai pertalian darah dengan negara ini ialah penyerang PEC Zwolle, Ferdy Druijf, pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl dan beberapa bintang sekitar England.

Jika skuad wanita juga dapat mengikuti jejak langkah Harimau Malaya ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pasukan bimbingan Soleen Al-Zoubi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram