Dua kali malukan Chong Wei, bekas pemain no.1 dunia akhirnya gantung raket


  • Podium
  • Khamis, 18 Apr 2024

Momota berkata, beliau akan bersara selepas beraksi bersama pasukan Jepun di Piala Thomas di China pada hujung April ini.

JUARA dunia badminton dua kali, Kento Momota mengumumkan beliau akan bersara selepas beraksi bersama pasukan Jepun di Piala Thomas di China pada hujung April ini.

Perkara itu dimaklumkan ketika temu bual bersama pemberita di Tokyo, Jepun pada Khamis lapor Stadium Astro.

Momota mempunyai rekod hebat pada kemuncak kerjayanya, memenangi Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia berturut-turut pada 2018 dan 2019,

Bagaimanapun, beliau mula mengalami kemeruduman prestasi selepas terlibat dalam satu kemalangan dahsyat pada empat tahun lalu selepas memperolehi kemenangan di Malaysia Masters 2020.

Dalam kejadian itu, pemandu van berkenaan terkorban sementara Momota pula terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat rongga matanya.

BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi

Finals_Kento-Momota-Lee-Chong-Wei

Momota (kiri) pernah berdepan Chong Wei sebanyak empat kali sepanjang kariernya. — Agensi

BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak

Sejak daripada itu, beliau yang kini menduduki tempat ke-52 terus bergelut untuk bersaing di peringkat tertinggi arena badminton dunia.

"Terdapat banyak masa sukar selepas kemalangan jalan raya itu," ujar Momota.

“Saya cuba kembali kepada cara saya bermain melalui percubaan dan kesilapan, tetapi terdapat jurang antara perasaan saya dan badan saya.

"Itu berterusan dan saya tahu saya tidak akan dapat kembali ke tahap di mana saya bersaing dengan yang terbaik di dunia," kata beliau.

Sepanjang kariernya, Momota turut pernah menewaskan Datuk Lee Chong Wei sebanyak dua kali daripada keseluruhan empat aksinya bersama jaguh badminton Malaysia itu.

Dua kemenangan terbabit masing-masing diperolehi ketika kejohanan Terbuka BLIBLI Indonesia 2018 dan Badminton Asia Championship 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram