BEREGU badminton lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani menunjukkan peningkatan prestasi ketara dalam ranking dunia selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia minggu lalu.
Berdasarkan kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa, kedua-dua pemain itu melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-15 dunia.
BACA LAGI: Gandingan Sze Fei-Izzuddin cipta sejarah di Jerman
Ia secara tidak langsung mencatatkan kedudukan tertinggi mereka dalam tempoh 13 bulan.
Peningkatan itu pada masa sama merupakan lonjakan ketara sejak digandingkan semula pada Jun 2023.
Gandingan tersebut turut tersenarai dalam pemain yang layak ke saingan Piala Thomas di Chengdu, China pada akhir April ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram