KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) diharapkan dapat mengutamakan maklum balas pengguna dalam merangka draf peraturan produk rokok elektronik atau vape yang sedang disediakan.
Anggota Bersekutu Pusat Pilihan Pengguna (CCC), Tarmizi Anuwar dalam satu kenyataan berkata, cadangan kawal selia produk adalah langkah kritikal ke arah memastikan keselamatan pengguna.
"CCC menegaskan suara pengguna tidak boleh diabaikan dalam proses ini dan pilihan pengguna harus berada di barisan hadapan dalam keputusan kawal selia berkaitan produk vape.
"Penting bagi kementerian untuk menerbitkan draf peraturan dan memperuntuk garis masa yang munasabah, seperti empat minggu, untuk pengguna menyemak dan memberi maklum balas," katanya.
BACA LAGI: Industri vape bakal terkubur angkara peraturan ketat KKM?
Tarmizi beranggapan analisis perlu dilakukan untuk mengenal pasti kesesuaian langkah yang diambil.
BACA LAGI: KKM sahkan ubat kuat 'Kingu Ginseng Candy' ada bahan racun berjadual tadalafil
Jelasnya, sebagai penyokong pilihan dan pemerkasaan pengguna, CCC menekankan kepentingan untuk menggabungkan perspektif pengguna dalam membentuk dasar yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Pada masa sama, Tarmizi turut berkata, analisis perlu dilakukan untuk mencerminkan sama ada langkah tersebut dibuat untuk kepentingan terbaik pengguna atau sebaliknya.
"Dengan membabitkan pengguna secara aktif juga dalam proses kawal selia, penggubal dasar boleh memupuk rangka kerja yang lebih inklusif dan berkesan yang memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan," katanya.
Tarmizi turut menambah bahawa penggubal dasar boleh memupuk rasa pemilikan dan ketelusan sekiranya melibatkan pengguna secara aktif.
Ia akan akhirnya membawa kepada rangka kerja kawal selia yang mencapai keseimbangan tepat di antara kesihatan awam dan pilihan pengguna.
Selain itu, katanya, CCC turut menzahirkan kebimbangan mengenai khabar angin kerajaan akan mengenakan larangan mempamerkan produk vape di kedai runcit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram