PENYERANG Selangor, Faisal Halim menegaskan dia masih individu yang sama pasca Sukan Asia Qatar 2024 pada Februari lalu.
Penyerang yang mesra disapa Mickey itu antara pemain kebangsaan yang menyerlah di Qatar, bahkan jaringannya ketika skuad Harimau Malaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan, 3-3 dinobatkan sebagai jaringan terbaik kejohanan itu.
Enggan terbawa-bawa dengan kegemilangan yang dikecapnya, Faisal berasakan segala pujian yang diberikan kepadanya tidak membawa makna apa-apa kerana apa yang penting adalah prestasinya di atas padang, lapor Stadium Astro.
Penyerang berbisa Selangor FC, Mickey antara watak penting Gergasi Merah dalam membantu meraih keputusan positif bagi saingan Liga Malaysia musim 2024. — Facebook/Selangorfc
BACA LAGI: Kelibat Azam Azmi beri petanda baik
Menjelang pembukaan saingan Liga Super musim 2024/25 pada awal Mei nanti, tonggak Selangor FC itu berkata, dia masih individu yang sama.
"Pada saya, saya tetap Faisal Halim yang sama.
"Tiada apa yang berubah cuma semangat saya semakin bertambah untuk musim ini.
"Pada saya, ia sesuatu yang normal untuk pemain bola sepak. Ada waktu kita dipuji melambung dan ada waktu kita dihina dan dikritik.
"Bagi saya itu semua tidak penting kerana apa yang penting adalah permainan saya sewaktu dalam pasukan, sama ada buat kelab atau pasukan kebangsan," katanya kepada wartawan sukan, Karl Nunis.
Selangor FC selaku naib juara Liga Super 2023 akan berdepan juara bertahan 10 kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang akan membuka tirainya pada 10 Mei nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram