Mayat hampir reput ditemui di cerun bukit di Genting Highlands


  • 112
  • Isnin, 15 Apr 2024

KES tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dilakukan terhadap mayat berkenaan. — Agensi

MAYAT hampir reput ditemukan di cerun bukit di Kilometer (KM) 15.1 Jalan Turun Genting Highlands, Pahang pada Ahad, kata Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Zaiham berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 3.40 petang.

"Hasil pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian mendapati terdapat satu mayat yang hampir reput dan jantina serta identitinya belum dikenal pasti.

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden berdarah KLIA: Suami ada 2 rekod jenayah lampau, hubungan bermasalah sejak 2016

"Kerja-kerja mengeluarkan mayat dari lokasi itu dijalankan dengan bantuan pihak bomba sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Zaiham berkata, setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dilakukan terhadap mayat berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga juga boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram