Lepas cari pasal dengan Ronaldo, bintang angkuh Arab Saudi kerah kitman ambil air


  • Podium
  • Isnin, 15 Apr 2024

Ali Al-Bulaihi memaksa kitman untuk memberinya botol air dengan gaya yang kurang sopan. — Agensi

BINTANG bola sepak Arab Saudi, Ali Hadi Mohammed Al-Bulaihi sekali lagi mencuri perhatian apabila menunjukkan sikap biadab kepada kakitangan pasukan Al-Hilal selepas kemenangan 4-1 ke atas Al-Ittihad dalam aksi akhir Piala Super pada Khamis.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, Arab Saudi itu menyaksikan Al-Hilal tiada masalah untuk merangkul trofi Piala Super dengan mencetak empat gol menerusi Malcom, Salem Aldawsari dan Nasser Aldawsari.

Selepas sambutan kemenangan berkenaan, bek tengah Al-Hilal, Ali Al-Bulaihi dikecam habis-habisan oleh penyokong kerana memaksa kitman untuk memberinya botol air dengan gaya yang kurang sopan.

Kakitangan berkenaan membuka penutup botol air itu untuknya namun pemain berusia 34 tahun itu berulang kali memberi isyarat supaya botol berkenaan diserahkan kepadanya agar dia tidak perlu membongkok.

BACA LAGI: Liverpool sedia lepaskan Salah, 2 kelab Saudi sedia berebut buru Egyptian King

BACA LAGI: Syamer Kutty, Nazmi Faiz disebut sertai kelab Utara tapi Kuching City sedia 'hijack deal'

Klip itu tidak lama kemudian dikongsi di media sosial dan mula tersebar, dengan peminat di seluruh dunia menyeru pertahanan antarabangsa Arab Saudi itu menjaga kelakuannya walaupun dia seorang bintang bola sepak.

Ali Al-Bulaihi sering dikesan membuat onar dengan beberapa pemain dan antara yang terkenal apabila dia melakukan provokasi terhadap ketua pasukan Argentina, Lionel Messi dalam pertembungan Arab Saudi menentang Argentina bagi aksi Piala Dunia 2022.

Selain Messi, bek tengah berkenaan juga baru-baru mencetuskan pergaduhan dengan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sewaktu Al-Nassr bertemu Al-Hilal di peringkat separuh akhir Piala Super Saudi.

Ronaldo dilihat menyiku pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi di bahagian dada dan mukanya. Tindakan ganas pemain itu telah menerima hukuman daripada pihak pengadil yang menyemak semula menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram