Tak sama macam Kedah, fans pasrah Penang macam tak jadi sambar bintang muda Brazil


  • Podium
  • Ahad, 14 Apr 2024

Welter (kanan) mempamerkan aksi cemerlang dalam pertemuan persahabatan menentang skuad TBG. — Facebook/Penang FC

MESKIPUN sudah berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini, skuad Harimau Kumbang nampaknya masih belum memiliki seorang perancang betul-betul berkualiti dalam pasukan.

Posisi yang penting itu perlu diisi sebelum saingan liga bermula kerana ketiadaannya akan merencatkan jentera serangan walaupun sudah memiliki kualiti penyudah terbaik.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan pihak kejurulatihan Penang FC sudah memiliki calon, iaitu Fernando Welter yang diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Perak FC.

Meskipun hanya berlatih untuk beberapa hari, pemain kelahiran Brazil berkenaan menerima pujian melambung dengan orang ramai berharap supaya dia dikekalkan.

Namun, cita-cita tersebut seolah-olah tidak kesampaian apabila sebuah laman Facebook, Penang BPK - Biru Putih Kuning memberi perkhabaran duka buat penyokong.

BACA LAGI: [VIDEO] Oppa Korea Perak disiku, fans terimbau insiden berdarah 'friendly' Penang-Terengganu

435925014_977790480528273_6349993022185696048_n

Skuad Harimau Kumbang kini meneruskan sesi pramusim sebelum Liga Super bermula. Facebook/Penang FC

"Pemain yang diturunkan dalam aksi menentang Perak minggu lalu hampir pasti tidak akan menyertai Penang FC pada musim ini manakala status pemain import untuk posisi pemain tengah menyerang masih belum diputuskan.

"Pihak pengurusan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu mengambil atau tidak pemain di posisi berkenaan. Difahamkan coach Akmal Rizal masih menanti kata putus pihak pengurusan," katanya.

Setakat ini, skuad Harimau Kumbang sudah memiliki tiga import baharu, iaitu Richmond Ankrah, Rodrigo Dias serta Rafael Silva yang dikekalkan khidmatnya.

Kehadiran mereka boleh dikatakan bersesuaian dengan pendekatan pengendali, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang cenderung meletakkan pemain muda dalam skuad.

Tetapi, ketiadaan perancang masih menimbulkan kegusaran, lebih-lebih lagi dengan posisi yang sebelum ini diisi Adriano Narcizo cukup penting buat mereka.

BACA LAGI: Menjelang aksi Penang-Sabah, fans teringat semula kontroversi ref Abang Botak

438240926_463468966034286_4054814282477980379_n

Skuad Sang Kenari mengumumkan kemasukan Cleylton sebagai bek tengah baharu. Facebook/KDA FC

"Kalau tidak ambil seorang pemain tengah import, memang bungkus awal Penang FC musim ni. Syameer (Kutty Abba) tu bukan boleh digunakan kerap," kata Zafril Rawawi.

"Lopong di posisi itu, tiada lagi yang boleh hantar bola ke penyerang, dalam perlawanan lawan menentang Perak FC dah nampak posisi tu lopong," kata Are Joe.

Malah, ada yang beranggapan kekurangan itu membuatkan mereka jauh ketinggalan berbanding seteru utama, Kedah Darul Aman (KDA) FC yang baru sahaja membawa masuk import baharu dari Brazil.

"Kedah pun dah ada bawa import baharu dari Brazil, takkan Penang tak mahu buat perkara sama? Kena ada seorang yang berada di posisi itu," kata Jimmy K.

Skuad Sang Kenari baru-baru ini membawa masuk bek tengah dari negara itu, Cleylton yang menyaksikan mereka sudah memiliki lambakan import dalam pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram