Bukan fizikal tapi faktor kecergasan pemain menjadi penentu prestasi — Kim Swee


  • Podium
  • Isnin, 15 Apr 2024

Sebahagian sesi latihan pasukan kebangsaan B-23 menjelang perlawanan aksi pertama Kumpulan D di Doha, Qatar. — Facebook/FAM

BEKAS Ketua Jurulatih skuad Bawah-23 (B-23) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, menganggap faktor fizikal bukan jaminan untuk mana-mana pasukan berasa selesa menjelang aksi pertama Kumpulan D, Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada Rabu depan.

Tegasnya, meskipun Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido diklasifikasikan sebagai pasukan yang memiliki pemain dengan ketinggian purata paling rendah sekitar 176.1 sentimeter (sm), faktor kecergasan pemain akan menjadi penentu kepada prestasi skuad negara, lapor Stadium Astro.

Kim Swee, yang pernah membawa Malaysia ke suku akhir kejohanan sama pada 2018, turut melihat skuad negara kali ini memiliki kekuatan tersendiri, terutama di bahagian tengah, yang mampu mencorakkan hala tuju pasukan.

BACA LAGI: 'Suami sporting boleh jadi dayus', ramai setuju keberanian Azmeer Yusof tegur sikap para isteri 'terkinja'

Kim Sweee

Kim Swee menganggap faktor fizikal bukan jaminan untuk mana-mana pasukan berasa selesa. — Facebook/Sabahfc

BACA LAGI: Jangan harap Selangor saja, 3 lagi team mampu calar ego JDT

"Saya rasa kecergasan lebih penting kerana fizikal, ia mungkin hanya ketika kita berdepan situasi satu lawan satu.

"Daripada segi fizikal, saya tidak nampak ia satu masalah buat kita tetapi daripada faktor kecergasan dalam perlawanan, ia agak membimbangkan.

"Saya percaya kita memiliki jentera tengah yang cukup baik dan pada masa yang sama, saya sering katakan, mereka sudah bersama untuk tempoh yang lama.

"Ini penting, kita tidak boleh lihat daripada segi percaturan taktikal atau corak permainan di dalam padang sahaja tetapi ia juga tentang faktor di luar padang.

"Bagi saya ia amat penting. Dengan mereka sudah bersama di Qatar sejak sebelum sambutan Hari Raya, saya percaya keserasian sesama mereka sudah bertambah baik dan saya nampak peluang kita untuk layak ke pusingan seterusnya amat baik," katanya kepada wartawan sukan, Fadhirul Shuhaimi.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti dengan Vietnam (20 April) dan Kuwait pada 23 April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram