Pengganti Corbin Ong sudah ditemui, anak jati Terengganu makin dapat tempat dalam skuad utama JDT


  • Podium
  • Ahad, 14 Apr 2024

Firdaus (kiri) dijangka akan mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad utama JDT pada musim ini. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) bukan hanya pasukan yang memberi fokus sepenuhnya kepada skuad utama mereka, malah pembangunan pemain muda juga wajar mendapat pujian.

Misalnya, ketika kempen pramusim 2024/2025 berlangsung, banyak kelibat pemain dari skuad simpanan diberi peluang untuk berlatih bersama-sama tonggak senior berpengalaman di bawah bimbingan kendalian Hector Bidoglio.

Peluang keemasan itu bukan semua pemain skuad simpanan akan merasainya kerana ubi muda terpilih sahaja akan mendapat kepercayaan untuk menimba pengalaman berlatih dalam keadaan intensiti tinggi.

Bukan itu sahaja, pemilihan berkenaan juga menandakan pemain muda tersebut sudah bersedia untuk menjadi pelapis tongak senior dan bila-bila masa sahaja akan diserap masuk ke skuad utama untuk beraksi di peringkat tertinggi bersama JDT.

Pada kempen pramusim ini, beberapa pemain muda JDT dikesan mendapat kesempatan itu dan antara yang mencuri tumpuan para penyokong Harimau Selatan ialah Firdaus Ramli.

BACA LAGI: Bukan keeper Itali atau Sepanyol, tapi bekas penjaga gol EPL yang sudah ‘follow’ TMJ

WhatsApp Image 2024-04-14 at 13.04.20

Firdaus menyertai JDT II pada 2020. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Tiada orang boleh buat apa JDT buat kerana hanya ada satu sahaja TMJ'

Kelibat pemain berusia 22 tahun berkenaan bersama skuad utama JDT pastinya untuk membentuk Firdaus menjadi pengganti Corbin Ong bagi mengisi slot pemain bek kiri tempatan.

Hal ini kerana, Harimau Selatan kini hanya mengharapkan Corbin untuk posisi bek kiri tempatan dan selebihnya menggunakan tenaga import seperti Oscar Arribas serta Murilo Henrique yang baru dibawa masuk pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Untuk rekod, anak jati Kuala Terengganu, Terengganu berkenaan menyertai juara Liga Super 10 kali berturut-berturut itu pada musim 2020 dan khidmatnya banyak digunakan untuk membantu JDT II.

Walaupun sekadar mengisi kuota bersama JDT II namun pemain berusia 22 tahun berkenaan pernah berada dalam senarai pasukan utama untuk saingan Liga-Liga Juara Asia (ACL) 2021.

Sekiranya Firdaus dapat kembali di prestasi terbaiknya selepas berehat panjang dari kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), pemain muda itu diharap dapat memberi saingan di posisi bek kiri JDT dan menjadi pelapis Corbin untuk skuad Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram