SEORANG remaja berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas menerima tendangan daripada lawannya dalam satu aksi pertandingan mempertahankan diri di Astana, Kazakhstan awal bulan lalu.
Dalam satu video tular, Kanat Akhunov yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan berkenaan kelihatan rebah dalam perlawanan itu dengan sepakan itu tepat mengenai dadanya.
Meskipun terdapat usaha daripada pengadil untuk memberikan rawatan kecemasan, dia jelas tidak menyedarkan diri sementara lawannya kelihatan meraikan kemenangan itu.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital 15 minit kemudian, namun disahkan maut akibat hentakan kuat dialaminya sehingga mengakibatkan jantung gagal berfungsi.
BACA LAGI: [VIDEO] Teruja jumpa bintang MMA, fan tak mampu bangun lepas terima sepakan maut
BACA LAGI: [VIDEO] Lawan macam tengah 'high', atlet MMA Perancis tewas dalam masa 10 saat
Jurulatih Akhunov, Alvin Agayev berkata, atlet berkenaan mempunyai bakat bersinar dalam seni mempertahankan diri kerana hanya memerlukan 20 saat untuk menumpaskan lawannya sebelum ini.
Kemenangan itu jelas menyuntik keazaman buatnya yang mahu mencatatkan episod baharu dalam sukan tempur berkenaan.
Malah, sebelum melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri, Akhunov menyatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah kecederaan.
Namun, dalam pertembungan tersebut, jurulatih itu berasakan Akhunov tidak beraksi seperti biasa dengan dia sempat bertanya keadaannya ketika waktu rehat.
Tetapi, dia enggan menarik diri daripada perlawanan sebelum menarik nafas panjang dan kembali berjalan ke arah gelanggang.
Keputusan itu jelas mengundang padah apabila Akhunov gagal mempertahankan diri daripada tendangan maut lawannya itu yang berakhir dengan tragedi buat dirinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram