NAMA Mickael Groguhe tiba-tiba menjadi buah mulut dalam kalangan komuniti seni mempertahankan diri campuran (MMA) apabila atlet heavyeweight itu seakan-akan tidak beraksi sebaik mungkin ketika menentang lawannya, Islem Masraf pada Khamis.
Dalam satu pertarungan Professional Fighters League (PFL) di Paris, Perancis kategori heavyeweight menyaksikan Masraf hanya memerlukan 10 saat untuk menumbangkan Groguhe secara knockout (KO) dalam pertembungan berkenaan.
Namun, apa yang menjadi persoalan apabila Groguhe kelihatan tidak bersemangat sehingga penyokong pada awalnya menganggap ia adalah permainan psikologi dari atlet dari Perancis untuk memperdayakan lawannya.
Memetik rakaman video tular di laman X (Twitter), ketika loceng perlawanan dibunyikan, Groguhe mengambil beberapa langkah ke arah saingannya namun dalam keadaan kurang bermaya untuk bertempur.
Les gars je suis choqué ce que je viens de voir en live, regardez en entier #PFLParis pic.twitter.com/hXCNhz30mo
— Smoogzz (@Smoogzz) March 7, 2024
Mengambil kesempatan dengan keadaan Groguhe, Masraf tanpa membuang masa melepaskan tendangan dan beberapa siri tumbukan tanpa ada sebarang serangan balas dari atlet yang kini menghuni kedudukan ke-49 petinju Eropah kategori heavyweight itu.
Serangan bertali-arus daripada Masraf jelas tidak dapat disaingi Groguhe dan akhirnya pengadil perlawanan mengesahkan kemenangan menjadi milik atlet yang berusia 27 tahun berkenaan.
Dalam pada itu, menjengah respons penyokong MMA selepas menyaksikan rakaman perlawanan melibatkan dua atlet Perancis itu, rata-ratanya mempersoalkan keadaan Groguhe dalam perlawanan berkenaan.
"Itu akan turun sebagai salah satu kekalahan paling memalukan dalam sejarah MMA," kata penyokong MMA, OOC MMA.
"Apakah itu strateginya, kalau strategi memang jauh lebih teruk dan memalukan," tambah penyokong, Smoogzz. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram