SEPERTI pasukan Liga Super yang lain, Sri Pahang FC antara pasukan yang turut memasang cita-cita untuk menguatkan kelab tersebut menjelang sepak mula Liga Super pada Mei depan.
Dengan masih memiliki kuota import untuk dipenuhi, pastinya skuad Tok Gajah itu tidak mahu melepaskan peluang untuk merekrut wajah baharu.
Meskipun begitu, skuad kendalian Fandi Ahmad itu enggan mendedahkan kemasukan bintang-bintang baharu kepada umum terutamanya dalam kalangan penyokong.
Seperti yang diketahui, Sri Pahang baru sahaja merekrut tiga wajah import baharu iaitu Mykola Ahapov, Manuel Hidalgo dan Aleksander Cvetkovic.
Anthony Nwakaeme (kanan) antara bintang yang disebut menjadi import baharu Sri Pahang. — Instagram/Dickson Nwakaeme
BACA LAGI: Jodoh di Pantai Timur berakhir, hero Piala MFL TFC disambar kelab amatur
Meskipun begitu, 'Orang Besi' Sri Pahang, Dickson Nwakaeme nampaknya sudah mendedahkan mengenai import baharu tersebut.
Ia dilihat menerusi satu hantaran di Instagram peribadi miliknya yang memaparkan wajah baharu individu tersebut.
"Dengan adik saya, dalam proses untuk membawa masuk TN9 ke Pahang," tulisnya.
Pastinya ramai yang sudah mengenali adik Dickson iaitu Anthony Nwakaeme yang kini masih aktif beraksi untuk kelan Arab Saudi, Al-Fayha.
Beraksi di posisi sayap kanan, Anthony turut boleh diturunkan sebagai penyerang tunggal kerana larian pantas serta fizikal yang sama seperti Dickson.
Ketika bersama Tok Gajah, Dickson mencipta legasi dengan membantu Sri Pahang muncul antara pasukan yang terbaik dalam bola sepak tempatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Artikel Berkaitan: