Kelantan FC sah beraksi Liga M3, dua lagi kelab dari Utara dan Borneo tarik diri


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Untuk rekod, skuad TRW sudah dibolosi sebanyak 121 kali dalam saingan Liga Super 2023. — Facebook/TRW Kelantan FC

LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) mengesahkan Kelantan FC menyertai saingan Liga M3, yang kini dikenali sebagai Kejuaraan Bank MBSB (MBC) bagi musim 2024/25.

Sebelum ini, Kelantan FC disingkirkan daripada saingan Liga Super kerana gagal mendapatkan lesen kebangsaan susulan isu tunggakan gaji yang membelenggu skuad The Red Warriors (TRW) itu.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan pertambahan bilangan pasukan yang mengambil bahagian menunjukkan keyakinan dan sokongan pemain dalam industri bola sepak tempatan terhadap MBC 2024/25.

BACA LAGI: Isu teknikal punca Kedah dilarang daftar pemain, FIFA akan tarik semula sekatan

Kelantan FC

Kelantan FC antara pasukan yang akan bersaing dalam saingan Liga M3. — Facebook/TRW Kelantan FC

BACA LAGI: [VIDEO] Arsenal terlepas dihukum 'kesilapan budak-budak', Thomas Tuchel mengamuk salahkan pengadil

Menurutnya, sebanyak 16 pasukan akan bersaing musim ini dengan terdapat peningkatan penyertaan berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya 12 pasukan.

"Secara rasmi 16 pasukan tersebut termasuklah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC dan PIB Shah Alam FC.

"Turut menyahut cabaran adalah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff mengumumkan Perlis United bersama SAINS dan Sarawak United menarik diri daripada saingan Liga M3 musim ini.

“Kami menerima penarikan diri ketiga-tiga pasukan ini kerana mereka akui menghadapi pelbagai kekangan terutama dari segi kewangan pasukan,” katanya.

Sebelum ini, Perlis United antara calon sesuai untuk menggantikan Kelantan dalam Liga Super namun pasukan itu juga gagal memenuhi syarat mendapatkan lesen yang ditetapkan oleh First Instance Body (FIB). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram