BARU-BARU ini, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur.
Zamsaham dalam satu kenyataan di laman sosialnya memberitahu bahawa pihaknya tidak lepas tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Gaji pemain sudah dibayar beransur dan Insya-ALLAH pasti akan selesai," tulisnya.
BACA LAGI: Jodoh di Pantai Timur berakhir, hero Piala MFL TFC disambar kelab amatur
Tangkap layar memaparkan tonggak Kelantan FC yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Zamsaham.
BACA LAGI: Bukan saja di Malaysia, isu rumput punca Man City, Real Madrid seri
Menurutnya, dia mengambil maklum mengenai tunggakan gaji yang dialami oleh para pemainnya namun berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya.
Seperti yang diketahui sebelum ini, sebilangan besar pemain utama pasukan telah pun angkat kaki untuk menyertai pasukan baharu.
Bagi mengelakkan pemain lain turut angkat kaki, Zamsaham mengambil keputusan untuk memberikan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 kepada setiap pemain.
“Berkenaan tunggakan gaji tiga bulan, tetapi Alhamdulillah dapatlah saya masukkan sedikit RM1,000 sebagai pendahuluan.
"Ini usaha untuk menyelesaikan tunggakan tiga bulan gaji kerana nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” ujarnya.
Meskipun begitu, salah seorang tonggak Kelantan FC, Khairul Helmi meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas kenyataan yang dimaklumkan oleh Zamsaham itu.
"Itu pun 20 orang saja dapat, siapa cepat pula tu, kena bersyukur pula tu, saya tak dapat pun," tulisnya di Facebook dengan memasukkan emoji ketawa.
Menurutnya, dia antara pemain yang belum menerima wang pendahuluan daripada Zamsaham itu.
Kelantan FC menyertai saingan Liga M3, yang kini dikenali sebagai Kejuaraan Bank MBSB (MBC) bagi musim 2024/25. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram