‘Penghibur team si Mael ni’, import TFC tak ketinggalan buat trend Alamak Raya Lagi!


  • Podium
  • Selasa, 09 Apr 2024

Akinade juga tak mahu ketinggalan melakukan trend Alamak Raya Lagi! — Facebook/Terengganu FC

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri kembali lagi dan pastinya semua teruja untuk meraikannya baik bersama keluarga atau rakan-rakan.

Keterujaan itu turut dirasai oleh para pemain bola sepak di negara kita. Selain pemain tempatan yang akan pulang ke kampung halaman, bintang-bintang import juga akan menyambut Aidilfitri walaupun sebagai perantauan.

Setiap tahun, pastinya akan ada trend yang menjadi ikutan semua orang. Sama ada ia adalah tarian, gaya bergambar atau apa saja, pasti akan ada dan membuatkan semua orang melakukannya di media sosial.

Untuk tahun ini, trend tular yang menjadi ikutan semua pihak adalah gerak badan menggunakan Alamak Raya Lagi!

Lagu yang didendangkan oleh kumpulan De Fam itu menjadi tular dan ikutan ramai di media sosial sejak ia diperkenalkan pada 8 Mac lalu.

BACA LAGI: Misteri GK bertopeng terungkai? Kelibat penjaga gol Itali dikesan saksikan JDT benam Lion City Sailors

434413961_409706155104158_3585299080140812235_n

Bukan setakat handal di padang, Akinade turut kelakar orangnya. — Facebook/Terengganu FC

BACA LAGI: Sabah, Sri Pahang dan Selangor belum rancak 'panaskan enjin' sebelum Aidilfitri

Apa yang menariknya, trend tersebut telah membuatkan seorang pemain import Terengganu FC turut terjebak dalam trend tersebut.

Dalam video yang tular di Facebook, penyerang baharu skuad Penyu, Ismaheel Akinade melakukan gerak badan menggunakan lagu tersebut. Apa yang menariknya, Akinade turut menyanyikan lagu tersebut sambil menari mengikut rentak.

Gelagat Akinade itu mengundang gelak tawa rakan sepasukannya yang melihat pemain tersebut membuat trend itu selepas sesi latihan skuad Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Perwatakan Akinade yang gila-gila itu menyerupai bekas pemain Terengganu, Jordan Mintah. Sebelum ini, Mintah dianggap sebagai "pak lawak" dalam skuad Terengganu dan ia turut disenangi oleh para penyokong.

Malah, penyokong tidak menyangka Akinade akan menjadi pengganti Mintah yang membawa riuh dalam bilik persalinan Terengganu.

"Tak ada Mintah ingat tak ada yang perangai 'pelik', rupanya salah. Dia ni pun boleh tahan juga," kata penyokong bernama Wan Adnan.

"Budak nakal juga, ingatkan Jordan Mintah tak ada, tak ada dah nakal-nakal ni. Nasib baik main bagus," ujar Mohd Redzuan pula.

"Bola tu bola juga, lawak mesti ada buat hilang penat di padang. Bagus santai macam ni saya seronok, macam keluarga," komen Sulaimi Deraman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram