Pelapis Matlan Marjan sudah dijumpai, ubi muda Sabah diharap ada skil macam legenda The Rhinos


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Sappie Ashri mencetak satu jaringan ketika kemenangan 3-1 dalam aksi persahabatan menentang Brunei pada musim lepas. — Facebook/SabahFC

SABAH FC antara kelab yang sehingga kini dilihat tidak begitu agresif dalam melakukan persiapan seperti membawa masuk pemain baharu dan melakukan kempen pramusim sebelum saingan musim 2024/2025 bermula.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu melalui perjalanan sedikit berbeza daripada pasukan lain apabila perjuangan skuad The Rhinos tamat pada Februari lalu berikutan aksi separuh akhir Piala AFC menentang kelab Australia, Macarthur FC yang berakhir dengan keputusan 0-3.

Walaupun belum memberi bayangan untuk merekrut pemain baharu, Kim Swee boleh menilai semula tonggak muda di skuad Bawah 23 (B-23) tahun sebagai alternatif lain untuk menambahbaik skuad depth pada musim depan.

Antara pemain muda yang wajar mendapat peluang untuk beraksi bersama pasukan utama Sabah FC pada musim ini ialah Sappie Ashri.

Nama Sappie mula meniiti di bibir penyokong apabila dia meledak satu gol ketika kemenangan 3-1 ke atas skuad nasional Brunei dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei pada musim lepas.

Ramai penyokong berpendapat bahawa pemain muda itu boleh digelar sebagai jelmaan legenda Sabah, Matlan Marjan kerana gaya rambutnya persis Matlan Marjan ketika beraksi untuk The Rhinos pada zaman 80-an.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Badang TFC' risau Tomi pening kepala, ramai pemain bagus bersaing rebut tempat

BACA LAGI: Jang Naruto cemerlang sepanjang pramusim, silap-silap Selangor, JDT, TFC minat 'masuk line'

Nama Matlan pastinya tidak asing lagi dalam kalangan penyokong tanah air selepas dia merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya membolosi gawang skuad England pada 1991 walaupun tewas 2-4 dalam perlawanan tersebut.

Selain penampilan rambut paras bahu bak Matlan, penyokong turut mengharapkan agar pemain tengah berusia 20 tahun berkenaan mampu meniru skil ataupun gaya permainan legenda Sabah FC itu,

“Seperti gaya Matlan. Harap pemain ini ada skil seperti Matlan. Biar pendek tapi bertenaga,” kata penyokong The Rhinos, Lantiang Kalang.

“Gaya memang ada sudah. Haraplah boleh jadi pewaris Matlan Marjan,” bagi peminat Sabah FC, Taling Mengeram.

Diharapkan anak jati Tawau, Sabah itu akan mampu memberikan saingan kepada pemain-pemain utama Sabah FC dalam mendapatkan tempat untuk menjadi kesebelasan utama pada musim baharu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram