Lepas 2 musim bersama Tok Gajah, Ingreso kini buka lembaran baharu di Filipina


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Kontrak Ingreso tidak disambung selepas kelab itu memilih untuk mengambil inisiatif berbeza. — Facebook/Sri Pahang FC

SEPANJANG dua musim beraksi buat skuad Tok Gajah, Kevin Ingreso menjadi tonggak utama pasukan itu dengan kebolehannya mengawal tempo permainan cukup dihargai.

Pemain kebangsaan Filipina berkenaan mencatatkan 38 penampilan dalam kesemua kejohanan buat kelab Pantai Timur tersebut dengan dua gol dan tiga bantuan jaringan direkodkannya.

Namun, peranannya yang penting buat skuad Tok Gajah gagal memastikan tempatnya kekal apabila kontraknya tidak disambung selepas jendela perpindahan dibuka.

Jadi, Ingreso dikhabarkan bersedia untuk mencari kelab baharu dengan terdapat khabar angin mengatakan dia bersedia untuk mewakili kelab Liga Super yang lain.

Teka-teki mengenai masa depannya akhirnya terjawab apabila dia didapati menyertai kelab di negara kelahirannya, Taguig FC pada Februari lalu.

BACA LAGI: Sabah, Sri Pahang dan Selangor belum rancak 'panaskan enjin' sebelum Aidilfitri

First game for @onetaguigfc and many more to come. Starting of the season with an Win. Job well done by all my teammates on and off the field!

Ingreso diberikan lilitan tangan kapten dalam aksi debutnya bersama Taguig FC. Instagram/Kevin Ingreso

BACA LAGI: Pahang, 2 kelab Utara pernah dipotong mata lebih teruk daripada Kedah

Perkhabaran berkenaan dikongsikan di laman media sosial pasukan dan Ingreso dengan langkah itu sememangnya menerima reaksi baik daripada orang ramai.

Tidak cukup dengan itu, pemain berusia 31 tahun tersebut seperti tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri selepas menjadi watak penting buat kelab berkenaan.

Dalam aksi pembukaan Liga Perdana Filipina pada Ahad lalu, Ingreso diturunkan diletakkan dalam kesebelasan utama dengan pengalamannya cukup ditagih.

Malah, kualitinya dari segi kepimpinan di atas padang turut didambakan apabila dia diberikan peranan kapten dalam aksi debut bersama pasukan itu.

Kehadirannya membantu Taguig FC merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Manila Montet, sekali gus menghadiahkan tiga mata penting untuk mereka berada di tangga keempat liga.

Prestasi cemerlang dalam penampilan pertama itu dijangka membantu Ingreso untuk tampil lebih kerap bersama skuad kendalian Jovanie Villagracia musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram