Tomi sudah jumpa pengganti Habib Haroon


  • Podium
  • Ahad, 07 Apr 2024

Terengganu FC memasang cita-cita untuk menghuni lima kedudukan terbaik Liga Super 2024. — Facebook/TFC

BERBAKI satu bulan sahaja menuju sepak mula musim baru Liga Super 2024/2025, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sudah mula melaungkan keyakinan skuad Peteh mampu memperbaiki kedudukan saingan liga selepas sekadar berada di tangga keenam musim lalu.

Antara faktor utama laungan keyakinan Steinbruckner itu apabila melihat prestasi dan kredibiliti yang dijelmakan barisan pemain import.

Khususnya jentera tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj yang dilihat sebagai pengganti sempurna berikutan penghijrahan kapten pasukan, Habib Haron," lapor Stadium Astro.

BACA LAGI: Padang elok beri kelebihan buat Harimau Malaya — Safee Sali

WhatsApp Image 2024-04-07 at 21.10.31

Marin Pilj merupakan jentera tengah yang sempurna untuk menggantikan tugas Habib Haroon. — Facebook/TFC

BACA LAGI: Sudah jatuh ditimpa tangga, Kedah kini tak boleh daftar pemain baharu

Pilj memainkan peranan sebagai jeneral di jentera tengah, seiring dengan ideologi dan taktikal Steinbruckner dengan jalinan persefahaman berpaksikan sentimen Croatia di antara jurulatih dan pemain itu menjelmakan kekuatan menyeluruh Terengganu musim ini.

Menyedari persaingan kompetitif di jentera tengah skuad Peteh, Pilj mempunyai ramuan tersendiri untuk kekal relevan biarpun tidak berupaya menawarkan ancaman kekuatan fizikal, ekoran susuk tubuhnya yang kecil dengan ketinggian 1.65 meter.

"Saya memerlukan masa dan minit permainan untuk melihat lebih dekat situasi ini.

"Masalah ketinggian bukanlah masa untuk saya, saiz tidak penting.

"Bola sepak di Croatia melibatkan banyak fizikal. Sebelum ke mari, saya sudah bersedia jadi saya tidak memerlukan banyak perlawanan untuk mendapat rentak," katanya di Nadi Weekend pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram