Hanya Cody Gakpo perbelanjaan terbesar kami — Klopp


  • Podium
  • Isnin, 02 Jan 2023

Klopp berulang kali menegaskan belum bersedia untuk berbelanja sewenang-wenangnya dan keputusan itu tidak pernah berubah.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan bahawa Cody Gakpo mungkin satu-satunya pemain bertaraf bintang yang ditandatangani mereka pada jendela perpindahan Januari.

Menurutnya The Reds tidak boleh memonopoli dalam pasaran perpindahan dan Klopp juga mempunyai kepercayaan terhadap pemain lain.

Dengan penyerang Luis Diaz dan Diogo Jota yang kedua-duanya diketepikan kerana kecederaan, Liverpool membawa masuk Gakpo daripada PSV Eindhoven dengan harga 37 juta pound (RM196.8 juta) selepas penyerang itu cemerlang di Piala Dunia apabila menjaringkan tiga gol untuk Belanda.

"“Saya tidak mahu menghampakan sesiapa tetapi kami telah menandatangani seorang pemain yang hebat iaitu Cody Gakpo, kemudian perkara seterusnya yang anda terbaca ialah ‘siapa seterusnya?

“Sejujurnya, kami tidak mampu bermain seperti monopoli. Sudah tentu kami tidak boleh sekadar berbelanja. Ia adalah sebahagian daripada falsafah saya, menerapkan sepenuhnya kepercayaan kepada pemain sedia ada," katanya.

Selepas permulaan buruk musim ini, Liverpool ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Arsenal tetapi telah memenangi empat perlawanan liga terakhir mereka untuk naik ke tangga keenam menjelang kunjungan ke Brentford Isnin ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram