![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/04/07/2632512.jpeg)
PRESTASI bek kanan Selangor FC, Quentin Cheng sering dipersoalkan meskipun dia menjadi pilihan utama bekas ketua jurulatih terdahulu, Tan Cheng Hoe.
Selain kerap tidak berada di posisi sepatutnya, pemain itu juga beberapa kali ditewaskan lawan dalam situasi 'satu-lawan-satu' sehingga menyukarkan rakan sepasukan.
Perkara tersebut menyaksikannya beberapa kali didesak penyokong untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah yang mahu kelab itu mendapatkan seorang pemain pertahanan lebih berkualiti.
Tetapi, ia tidak mematahkan semangat bek berdarah kacukan berkenaan untuk menambah baik prestasinya dalam membantu Selangor FC dalam musim baharu yang akan bermula pada Mei.
"Saya masih ingat ketika mengambil keputusan meninggalkan Australia untuk ke Kuala Lumpur. Saya sangat gementar, tetapi teruja dengan cabaran baharu.
BACA LAGI: [VIDEO] Dari cat hingga kerusi baharu, tapi jenis rumput 'spoil' persediaan Selangor ke Piala AFC
Quentin Cheng (kiri) menjadi watak penting skuad Gergasi Merah musim lalu. — Instagram/Selangor FC
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tackle' lewat, tamparan Razman Roslan pernah gamatkan aksi Selangor-NSFC
"Perjalanan itu ada pasang surutnya, tetapi ia merupakan salah satu keputusan terbaik pernah diambil. Jadi, saya bersyukur atas peluang diberikan," katanya.
Untuk rekod, Quentin Cheng diturunkan sebanyak 29 kali musim lalu dengan majoriti daripadanya direkodkan dalam kempen Liga Super.
Meskipun beberapa kali dikritik atas prestasinya, pemain itu masih membuat sumbangan penting dalam menjadikan benteng pertahanan Selangor FC lebih kukuh.
Tambahnya lagi, dia turut teruja dengan cabaran lebih hebat menantinya bersama skuad Gergasi Merah selain mempunyai harapan tinggi bersama pasukan itu.
"Kami akan menempuhi lebih banyak perlawanan dan saya harap kami dapat bersaing sekali lagi dalam Liga Super. Saya juga berharap kami boleh mara untuk memburu kejuaraan," katanya.
Musim lalu, Selangor FC menamatkan saingan liga di kedudukan kedua, sekali gus membolehkan mereka menempah tiket ke pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2.
Persiapan lebih rapi sudah direncanakan pihak pengurusan dengan nama-nama baharu sudah disambar untuk meningkatkan kualiti skuad. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram