KES pergaduhan dalam bola sepak boleh dilihat sebagai insiden yang sering terjadi dalam sesebuah perlawanan atau kejohanan.
Sekiranya tidak dibendung, pastinya ia akan menjadi budaya yang sukar dikawal pada masa akan datang.
Bagaimanapun, kes tersebut bukanlah baru di Malaysia kerana 14 tahun lalu industri bola sepak tanah air sudahpun terpalit dengan insiden tersebut.
Adakah anda masih ingat perlawanan antara Negeri Sembilan berdepan Selangor dalam aksi separuh akhir pusingan kedua Piala FA musim 2010?
BACA LAGI: [VIDEO] Dari cat hingga kerusi baharu, tapi jenis rumput 'spoil' persediaan Selangor ke Piala AFC
BACA LAGI: Penang-Perak sama handal, pemburuan striker tajam perlu diteruskan
Jika anda masih ingat, aksi kedua yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ketika itu menyaksikan Selangor gagal mara ke pusingan akhir Piala FA selepas tewas berdasarkan peraturan gol tempat lawan ketika berdepan Negeri Sembilan.
Menariknya aksi tersebut, beberapa insiden mencuit hati yang sempat dirakam pastinya boleh menjadi tatapan generasi sekarang.
Dalam aksi tersebut, gelagat bek kanan Gergasi Merah, Razman Roslan yang sempat dirakam menunjukkan detik-detik dia dilayangkan kad merah sekali gus diarahkan keluar dari padang.
Jika melihat kepada video tersebut, Razman melakukan tackle lewat ke atas S. Kunanlan sehingga pemain Negeri Sembilan itu terjatuh.
Namun, rakan sepasukan Kunanlan, Shahurain Abu Samah yang berniat membantu rakannya itu secara tiba-tiba ditampar oleh Razman sehingga pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepadanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram