SELEPAS berjaya menewaskan Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac lepas, kejayaan berkenaan memberi keuntungan besar dari segi mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) buat Indonesia.
Berdasarkan kemas kini terbaharu dari badan induk bola sepak berkenaan, Indonesia naik lapan anak tangga untuk menghuni tempat ke-134 dunia sementara Malaysia yang sebelum ini berada di tangga 132 jatuh ke kedudukan 138.
Kejayaan Indonesia yang berjaya menewaskan kuasa besar Asean seperti Vietnam dan berhasil memintas Indonesia selepas enam tahun membuktikan ramuan digunakan pengendali pasukan, Shin Tae-yong membuahkan hasil.
Tae-yong juga sebelum ini membawa skuad kendaliannya yang rata-ratanya dibarisi pemain muda itu berjaya sehingga ke pusingan 16 Piala Asia Qatar sebelum tewas besar kepada Australia dengan keputusan 4-0.
BACA LAGI: 'Panic buying', Gordic termasuk 3 import baharu Liga M tak ubah macam 'tangkap muat'
BACA LAGI: Tampil 1 aksi dalam 34 perlawanan, kualiti import baharu Jang cetus persoalan
Kejayaan demi kejayaan yang dinikmati Indonesia itu juga dikatakan berpunca daripada cara pengendali kelahiran Korea Selatan berkenaan menguruskan anak buahnya terutamanya dari segi disiplin.
Perkara didedahkan oleh pemain PSBS Biak, Muhammad Tahir yang menyatakan bahawa Tae-yong melaksanakan sistem pemotongan wang saku cecah IDR 500,000 (RM150) jika pemainnya lewat satu minit ke sesi latihan.
RM150 untuk seminit lewat itu adalah jumlah minimum yang dikenakan Tae-yong dan hukuman berkenaan sememangnya dapat melatih para pemain Indonesia lebih berdisiplin untuk ke sesi latihan.
"Shin Tae-yong sangat berdisiplin. Walaupun lewat satu saat, dia akan memotong elaun harian mereka. Terlewat satu minit, IDR 500 ribu (RM150) ditolak. Siapa yang mahu dipotong?," katanya dalam video di akaun YouTube, Akmal Marhali.
Untuk rekod, Tahir yang bermain sebagai pemain tengah bertahan tidak pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia namun dia dipanggil Tae-yong dalam senarai 34 pemain untuk kem latihan berpusat Indonesia pada 2020. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram