Tampil 1 aksi dalam 34 perlawanan, kualiti import baharu Jang cetus persoalan


  • Podium
  • Khamis, 04 Apr 2024

Pemain import Korea Selatan, An Sang-Su menjadi import kelima skuad Jang bagi membantu pasukan itu musim 2024. — Facebook/NSFC

BARU-BARU ini, Negeri Sembilan FC (NSFC) terus memperkukuhkan pasukan dengan menandatangani seorang pemain import baharu yang berasal dari Korea Selatan, An Sang-Su.

Beraksi di bahagian tengah, Sang-Su merupakan pemain muda berbakat dan dijangka berpotensi untuk memberi suntikan tenaga baru kepada skuad Negeri Sembilan FC menjelang musim 2024/25.

Sebelum menyertai skuad Jang, pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi bersama pasukan Chungbuk Cheongju FC dalam saingan K2 League di Korea Selatan.

Perpindahan pemain kelima import skuad Jang itu diumumkan oleh pengurusan Negeri Sembilan di laman rasmi Facebook mereka pada Rabu.

BACA LAGI: Safawi belum capai standard — Tomi

BACA LAGI: KL City dah selesai, kes FIFA KDA FC apa cerita?

“An Sang-su kini bersama Jang. Berasal dari Korea Selatan, pemain tengah ini menyertai Negeri Sembilan FC dari pasukan K-League 2, Chungbuk Cheongju FC.

“Berusia 24 tahun, An Sang-su juga mampu bermain sebagai pertahanan tengah dan bek kanan.

“Selain beraksi bersama skuad Liga Super Negeri Sembilan FC, An Sang-Su juga akan bermain bersama skuad Negeri Sembilan FC B-23 dalam saingan Piala MFL,” tulisnya di Facebook.

Menurut pemain muda berkenaan, kehadirannya ke skuad Jang adalah untuk memperkembangkan perjalanan kariernya dalam industri bola sepak.

“Pasukan ini mempunyai ramai pemain yang berbakat. Saya gembira berlatih bersama mereka. Mereka melayan saya seperti satu keluarga dan ini penting dalam pasukan bola sepak.

“Pengalaman saya mewakili Chungbuk Cheongju FC yang bermain di K2 League akan saya gunakan untuk membantu pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, jika melihat rekodnya di Transfermarkt, import berkenaan mempunyai rekod yang kurang baik selepas hanya tampil satu perlawanan dalam 34 perlawanan.

Rekod berkenaan jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong dan khuatir jika Sang-su tidak menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang bersama skuad Jang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram