SKUAD The Red Devils sekali lagi berputih mata selepas tewas 3-4 kepada Chelsea pada minit-minit akhir dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal Jumaat.
Keputusan itu menyaksikan harapan mereka untuk memburu slot ke Liga Eropah UEFA (UEL) semakin kelam dengan sembilan mata diperlukan bagi kelab itu berada di tangga kelima.
Jadi, tekanan pasti dirasai pihak pengurusan apabila sekali lagi mencatatkan satu musim yang 'suam-suam kuku' meskipun sudah membuat pelaburan besar-besaran.
Malah, perasaan itu tidak terhenti di situ apabila baru-baru ini, pemegang saham baharu Manchester United, Sir Jim Ratcliffe menerima tamparan daripada pihak media.
Perkara itu berpunca daripada satu surat diterima daripada usahawan dari Asia Barat, Sheikh Jassim berikutan komen dibuat selepas dia sah menjadi salah seorang ahli lembaga kelab.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahan kena maki, bintang pinjaman Manchester tunjuk isyarat lucah ke fans sendiri
Sheikh Jassim (kiri) dan Ratcliffe merupakan pesaing untuk memperolehi saham Man United sebelum ini. — Agensi
BACA LAGI: Haaland tidak gembira di Manchester, kelab EPL tarik nafas lega
Dalam satu sesi temu ramah, usahawan dari United Kingdom itu bergurau dengan mempersoalkan personaliti Jassim yang tidak terlalu dikenali.
Malah, Ratcliffe turut mempersoalkan kewujudan Jassim kerana dia tidak mendapat perhatian media, baik di Eropah mahupun Asia Barat.
Kata-kata itu menyaksikan dia menerima sepucuk surat perundangan daripada pihak guaman Jassim atas sebab pemegang saham Man United itu melemparkan fitnah.
Sebelum ini, usahawan ternama itu semakin hampir menjadi pemegang saham utama Manchester United setelah membuat bidaan sehingga RM33 bilion ($7 bilion).
Bagaimanapun, perbincangan itu gagal menyaksikannya mendapatkan kepercayaan daripada pemilik kelab, Keluarga Glazers yang lebih cenderung untuk menerima tawaran Ratcliffe.
Berdasarkan laporan, Ratcliffe memegang saham minoriti skuad The Red Devils sebanyak 25 peratus setelah membuat pelaburan berjumlah RM7.8 bilion ($1.65 bilion). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram