Akhirnya mengaku nenek orang Selangor, bintang muda Man United sah ada talian darah Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 04 Apr 2024

Ethan (kanan) berjaya menandatangani kontrak profesional dengan Man United walaupun baru berusia 18 tahun. — Instagram/EthanWheatly

PENCARIAN bakat warisan yang berpangkalan di luar negara semakin mendapat perhatian susulan kelompok pemain campuran dijangka mampu membantu melonjakkan kedudukan Harimau Malaya dalam arena bola sepak global.

Lihat sahaja saingan Piala Asia Qatar pada awal tahun ini, skuad kendalian Kim Pan-gon memanggil sembilan pemain warisan untuk membawa maruah tanah air di kejohanan tertinggi rantau ini.

Antaranya ialah Matthew Davies, Daniel Ting, Junior Eldstal, Dion Cools, Corbin Ong (pertahanan), Stuart Wilkin, Brendan Gan, Natxo Insa (tengah) dan Darren Lok menjadi wakil tunggal di bahagian serangan.

Khidmat sembilan pemain berkenaan membuktikan projek mencari bakat tonggak campuran ini wajar diteruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan beberapa pemain sudah dicanang mempunyai keturunan dengan negara ini.

Sebelum ini, pemain akademi Manchester United, Ethan Wheatley didakwa mempunyai pertalian darah dengan Malaysia dan perkara berkenaan akhirnya diakui sendiri oleh prospek The Red Devils tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipukul ubi Liverpool, penyerang MU berdarah Malaysia tenang malukan The Reds

WhatsApp Image 2024-04-04 at 13.45.15 (1)

Tangkap layar perbualan Ethan dengan Frfuturetalents.

BACA LAGI: 'Saya nak main untuk Malaysia', peledak campuran Belanda dalam proses urus dokumentasi

Menerusi satu hantar laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Ethan tidak menafikan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui neneknya yang dilahirkan di Selangor.

"Benar, nenek saya dilahirkan di Selangor tetapi dia berpindah ke UK ketika masih muda. Ketika saya kanak-kanak, keluarga sering membawa saya ke Kuala Lumpur untuk bercuti” katanya.

Pendedahan dari pemain berusia 18 tahun itu menggembirakan penyokong kerana peluang untuk beraksi bersama skuad bersama skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa semakin cerah.

Ethan yang berjaya menandatangani kontrak profesional dengan Man United itu beraksi di posisi penyerang tengah dan kini antara tonggak penting skuad muda The Red Devils bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Bawah-18 (B-18).

Pemain kelahiran Stockport, England itu setakat ini menjaringkan lima gol dan menyumbang dua hantaran bantuan dalam enam perlawanan bagi saingan EPL B-18 musim 2023/2024.

Sebelum ini, Majoriti turut melaporkan pemain campuran Belanda-Malaysia, Ferdy Druijf yang mengakui sedang menyediakan bukti dokumentasi bagi membuktikan neneknya dilahirkan di negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram