Sebelum kelab lain rasa, Kelantan dah hadap hukuman 'transfer ban' Liga Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 03 Apr 2024

Tan Sri Annuar Musa (kiri) yang pernah menyandang jawatan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersama Abou Bakr Al-Mel (kanan) bergambar sewaktu pemain itu tiba di Kelantan.

SUDAH menjadi kelaziman dalam bola sepak moden apabila sesebuah kelab melanggar peraturan berkaitan kewangan, mereka akan dihukum.

Antara hukuman yang dikenakan adalah denda, pemotongan mata serta sekatan perpindahan atau transfer ban. Di Malaysia, hukuman sekatan perpindahan juga sering diberikan kepada kelab yang culas menguruskan kewangan mereka.

Terdapat beberapa kelab yang telah menerima hukuman tersebut. Namun bagi kelab Pantai Timur, Kelantan FC, mereka seakan sudah lali dengan hukuman tersebut.

The Red Warriors (TRW) merupakan antara kelab Liga Malaysia yang terawal menerima hukuman tersebut. Pada 2017, mereka telah dikenakan hukuman tersebut selepas kegagalan untuk membayar gaji para pemain dan pegawai kelab.

Walaupun culas membayar gaji, tetapi Kelantan pada waktu itu tetap berusaha membawa masuk pemain baharu dengan mereka cuba mendaftarkan dua bintang import iaitu Abou Bakr Al-Mel serta L'Imam Seydi.

BACA LAGI: Rakus belasah PDRM, Safawi Rasid optimis TFC tunggu masa untuk lengkap sepenuhnya

bako

Perpindahan Abou Bakr Al-Mel ke Kelantan pernah disekat MFL. — Agensi

Usaha tersebut nyata disekat oleh pihak MFL kerana mereka mendapati Kelantan tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menyelesaikan isu kewangan yang ada tetapi sibuk mendapatkan pemain baharu.

"Kami tidak menerima surat permohonan untuk dua pemain luar negara sekali gus didaftarkan dan jika ada, ia tidak boleh di luluskan kerana Kelantan masih menghadapi sekatan perpindahan oleh kerana isu-isu yang dihadapi oleh Kelantan berkenaan pembayaran perkara-perkara wajib masih belum diselesaikan.

"Sewaktu sekatan ini berkuat kuasa, sebarang perpindahan perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan liga dan jika ia tidak membawa impak yang positif kepada kedudukan kewangan pasukan atau tidak meletakkan pasukan itu di dalam keadaan yang mana hutang-hutang yang sedia ada dapat ditangani maka perpindahan itu tidak dapat diluluskan," kata MFL dalam kenyataan mereka bertarikh 28 Mei 2017.

BACA LAGI: Kembali ke Terengganu, Ott sedia jadi 'perampas' demi kukuh posisi

Enam tahun kemudian, Kelantan masih lagi terperangkap dengan hukuman sekatan perpindahan apabila masalah gaji tertunggak belum lagi selesai.

Pengurusan kelab silih berganti, dan semakin ramai pemain Kelantan mengalami masalah tersebut sambil isu terdahulu ada yang belum selesai.

Malah, bukan Kelantan saja, tetapi ada lima kelab lagi yang menerima sekatan perpindahan iaitu Kedah Darul Aman FC, Kuala Lumpur City FC, Perlis FA, Sarawak United FC dan Melaka United FC pada musim ini oleh FIFA.

Situasi ini nyata mengecewakan bukan saja buat Kelantan tetapi bola sepak Malaysia secara keseluruhan. Ia memberikan gambaran buruk mengenai kegagalan pengurusan kelab menguruskan kewangan terutamanya gaji pemain.

Cerita ini sudah lama berlaku dan amat tidak sedap didengar. Diharap, semuanya akan berakhir suatu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram