SALAH satu elemen yang penting dalam bola sepak adalah pasukan perubatan selain daripada pemain, jurulatih dan juga pengadil.
Keberadaan pegawai perubatan di tepi padang amat penting kerana mereka akan diperlukan pada bila-bila masa untuk merawat para pemain yang mengalami kecederaan.
Mereka perlu bersedia pada bila-bila masa kerana insiden boleh berlaku tanpa diduga. Ada kalanya, mereka perlu bertindak lebih pantas daripada kebiasaan kerana tahap kecederaan yang terlalu serius dialami pemain ketika beraksi.
Oleh itu, adalah penting untuk seseorang pegawai perubatan berada dalam keadaan terbaik dari segi kecergasan. Jika kecederaan berlaku, dengan pantas dia akan tuju ke pemain yang memerlukan rawatan segera.
Tapi macam mana dengan pegawai perubatan yang tidak cergas atau fit? Sudah semestinya mereka akan mengalami kesukaran untuk menjalan tugas bukan?
Itulah yang terjadi dalam sebuah perlawanan bola sepak yang dipercayai berlaku di Sepanyol. Dalam perlawanan tersebut, terdapat seorang pemain yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera.
Pegawai perubatan telah pun dipanggil untuk masuk ke padang bagi memberikan rawatan. Malangnya, tahap kecergasan yang tidak berada dalam keadaan baik menyukarkan keadaan untuk mereka menjalankan tugas.
BACA LAGI: ‘Mana gaji kami?’, pemain Perlis United derita tunggu gaji tertunggak
Don't know what is the incident and how bad it was. But the message is clear. pic.twitter.com/OsJQMrQwrg
— Bolanalytics (@Bolanalytics) March 30, 2024
BACA LAGI: MFL jalan terus, kekal pendirian hanya 13 kelab sertai Liga Super
Jelas sekali, pegawai perubatan tersebut tidak mampu sampai dengan pantas ke arah pemain. Oleh kerana terdapat tekanan tinggi untuk memberikan rawatan kecemasan pada waktu itu, muncul wira tak diduga untuk menyelamatkan suasana.
Terdapat pemain simpanan bertindak merampas peralatan perubatan daripada pegawai tersebut lalu berlari pantas untuk memastikan bantuan sampai lebih cepat kepada si tercedera.
Tindakan pemain simpanan itu kemudiannya mendapat tepukan gemuruh para penyokong yang menyokong tindakan tersebut. Jelas sekali, mereka berpuas hati kerana pemain yang tercedera dapat menerima rawatan dengan segera.
Ia ibarat satu tamparan hebat buat pegawai perubatan tersebut kerana kegagalan mereka bertindak segera hingga memerlukan bantuan daripada orang lain untuk lakukan tugas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram