‘Mana gaji kami?’, pemain Perlis United derita tunggu gaji tertunggak


  • Podium
  • Selasa, 02 Apr 2024

Mana gaji mereka? Para pemain Perlis United masih menantikan hak mereka dari pihak kelab. — Perlis United FC

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang boleh digambarkan terhadap penderitaan seseorang yang mengalami masalah kewangan.

Dalam konteks bola sepak, masalah kewangan sering terkait dengan pemain. Di Liga Malaysia, umum mengetahui ramai pemain yang mengalami masalah tunggakan gaji baik dengan kelab semasa atau pasukan lama mereka.

Mungkin kita sering mendengar nasib para pemain seperti Kelantan FC, Kedah Darul Aman FC serta Kuala Lumpur City FC. Namun kini ada penderitaan yang menimpa para pemain kelab Liga M3 iaitu Perlis United FC.

Perlis United yang sebelum ini mencuba nasib untuk ke Liga Super dinafikan oleh Malaysian Football League kerana gagal memenuhi syarat perlesenan kebangsaan. Kini, terpancar sebabnya mengapa semua itu berlaku.

Hal ini kerana, para pemain kelab itu dilaporkan sedang menderita tidak memperoleh gaji selama dua bulan.

Menurut perkongsian Malayantigerfans, para pemain kelab Utara itu dilaporkan sudah dua bulan tidak memperoleh sebarang gaji hinggakan mereka terpaksa melakukan pekerjaan lain demi menyara diri dan keluarga.

BACA LAGI: SNBJ bakal anjur konsert lagi, 2 minggu sebelum Harimau Malaya lawan Chinese Taipei

368700062_611723467775012_3512569357677711401_n

Para pemain Perlis United masih tidak menerima gaji mereka selama dua bulan. — Perlis United FC

BACA LAGI: Hasbullah gembira dapat sertai Kedah tapi penyokong fikir kelab patut utamakan 'ubi'

Sekurang-kurangnya 20 pemain Perlis United mengalami masalah tersebut dengan mereka semuanya telah berusaha keras untuk mendapatkan hak mereka sejak daripada enam bulan lalu.

Namun begitu, tiada satu khabar diterima daripada pihak kelab. Sambil-sambil berusaha mendapatkan hak, para pemain perlu melakukan pekerjaan lain demi menyara keluarga.

Ada yang mengatakan mereka terpaksa melakukan pekerjaan seperti menoreh getah bagi mendapatkan wang. Situasi ini nyata menyukarkan mereka tambahan pula dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Nasib mereka masih belum diketahui, adakah akan ada sinar di hujung terowong buat mereka? Atau mereka bakal meraikan lebaran dengan penuh kekurangan?

Pada waktu ini, pihak kelab seharusnya tampil ke depan dengan bertanggungjawab terhadap hak pemain dan memastikan mereka memperoleh segala yang dijanjikan sebelum ini.

Mana gaji mereka? Diharap kelab tidak akan culas dalam hal ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram