USAHA Kelantan FC untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan apabila pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak rayuan pasukan Pantai Timur itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Jawatankuasa Rayuan MFL menolak permohonan itu berdasarkan Artikel 3.4.4 yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL edisi 2023.
"Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini (Rabu) melalui pemakluman rasmi, sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak dapat tidur, terpaksa kongsi sepinggan nasi antara kenangan pahit tonggak Kelantan FC
"Untuk rekod, Kelantan FC sebelum ini mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024," tulisnya.
Kegagalan mendapatkan lesen itu menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) terpaksa beraksi dalam Liga M3 musim depan, yang pastinya akan menandakan satu lagi episod gelap buat pasukan.
MFL mengumumkan keputusan untuk menolak rayuan Kelantan FC untuk musim akan datang. — Facebook/MFL
Bagaimanapun, bagi penyokong, keputusan tersebut adalah yang terbaik kerana ia mampu memberi satu nafas baharu buat sistem dan struktur pengurusan pasukan untuk musim akan datang.
"Yayy, aku orang Kelantan pun gembira dengan keputusan ini. Harap bos besar ambil iktibar lah. Kalau rasa tak mampu nak uruskan, tarik diri awal-awal," ujar Izham Zakhari.
"Alhamdulillah, terbaik MFL. Penyokong Kelantan menyokong penuh tindakan MFL, biar tidak menjadi mangsa asalkan menjaga maruah pasukan Kelantan. Biarlah bermain di Liga M3 supaya dapat stabilkan keadaan," kata Matla Bachok.
"Itulah apa yang semua penyokong skuad TRW mahukan supaya jangan lulus. Kalau diluluskan, Kelantan akan kena 'belasah' 10 gol dalam setiap perlawanan. Tahniah MFL kerana buat keputusan tepat," kata Aril Adrill.
Musim lalu, Kelantan FC menamatkan saingan Liga Super di tangga tercorot selain memegang rekod memalukan setelah dibolosi sebanyak 112 kali dalam 26 perlawanan.
Rayuan pasukan itu dibuat selepas FIB menolak permohonan mereka berikutan kegagalan menghantar dokumen diperlukan, termasuk pengesahan isu gaji musim lalu diselesaikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram