Senarai bocor bongkar penyerang sensasi Indonesia dikhabar ke kelab Pantai Timur


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Dimas (kiri) sudah mencetak enam gol dalam 12 penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia. — Agensi

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC mengumumkan sudah melaksanakan penstrukturan semula membawa khabar gembira sepanjang jendela perpindahan kali ini apabila sudah mengumumkan beberapa wajah baharu.

Setakat ini, kelab Pantai Timur berkenaan sudah mengumumkan pemain skuad kebangsaan Palestin, Oday Kharoub dan seorang pemain import baharu dari Republik Korea iaitu, Jung Byung-ju, Bae Kyeong-hwan, Ahoe Koo serta Ri Gwan-kim,

Terbaharu, pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Kelantan United itu turut mengikat pemain Republik Czech, Michal Jerabek bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Pasukan berkenaan terus menunjukkan keinginan mereka untuk bersaing dengan pasukan lain apabila satu senarai bocor pemain yang dikhabarkan bakal menyertai Kelantan pada awal musim ini.

Antara yang mencuri perhatian dalam senarai bocor pemain KDN FC bagi musim 2024/25 itu adalah penyerang negara jiran, Dimas Drajad iaitu pemain dari kelab Liga 1 Indonesia, Persikabo 1973.

BACA LAGI: Ramai sokong keputusan MFL tolak rayuan Kelantan FC ke Liga Super 2024/25

WhatsApp Image 2024-03-31 at 18.00.16

Tangkap layar senarai bocor yang jadi buah mulut dalam kalangan penyokong KDN FC.

BACA LAGI: Lepas sebulan berteka-teki, nasib Kelantan FC dalam Liga Super akhirnya terjawab

Drajad merupakan seorang penyerang tengah yang juga beraksi untuk posisi sayap bersama Persikabo dengan musim ini, pemain berusia 27 tahun itu sudah meledak empat gol dan tiga hantaran bantuan dalam 21 perlawanan.

Selain itu, Djarad juga merupakan salah satu tonggak skuad Indonesia yang menamatkan perjuangan sehingga pusingan ke-16 Piala Asia Qatar pada Februari lepas.

Penyerang ketinggian 1.78 meter berkenaan tampil dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan D menentang Iraq dan selebihnya gabya memanaskan bangku simpanan skuad Shin Tae-yong.

Musim terbaiknya sepanjang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia apabila membantu Persikabo menghuni kedudukan ke-10 dengan dia mencetak 11 gol dan enam hantaran bantuan buat pasukannya.

Sekiranya Drajad ke KDN FC, penyerang berkenaan pasti tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri kerana cuaca tanah air serta persekitaran Liga M dan Indonesia tidak terlalu berbeza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram