MASALAH padang Stadium Nasional Bukit Jalil dilihat tidak akan menemui penamatnya selepas ia memuncak pada Mac lalu.
Isu berkenaan rumput sekali lagi menjadi subjek kecaman penyokong terhadap pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia bertemu Oman.
Sudahlah rumput berada pada tahap yang teruk, Malaysia pula kalah. Ditambah pula dengan pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi mengalami kecederaan sewaktu beraksi di padang Bukit Jalil, ia menimbulkan lagi kemarahan penyokong.
Kini, satu lagi perkhabaran kurang enak didengar oleh penyokong terhadap keadaan Bukit Jalil. Hal ini kerana, stadium tersebut dilaporkan akan menganjurkan satu lagi konsert pada Mei ini.
Bukit Jalil akan menjadi lokasi kepada persembahan artis dari India, Harris Jayaraj dengan dia akan menemui peminatnya pada 25 Mei.
Sebagai rekod, jarak tersebut adalah begitu dengan dengan aksi terakhir kelayakan Piala Dunia melibatkan Malaysia dan Chinese Taipei. Skuad kendalian Kim Pan-gon dijadualkan akan turun beraksi pada 11 Jun, dua minggu selepas konsert itu diadakan.
BACA LAGI: Kisah musim lalu tak jadi mimpi ngeri, bek kental Kelantan kekal di Pantai Timur
Susunan tempat duduk bagi konsert Harris Jayaraj yang akan diadakan pada Mei ini. — Agensi
Jelas sekali, keraguan dan kemarahan penyokong terhadap PSM yang kelihatan mula reda kembali membara akibat penganjuran konsert tersebut.
Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac mengatakan yang konsert kali ini tidak akan menggunakan bahagian tengah padang. Sebaliknya, ia akan menggunakan kawasan balapan yang digunakan untuk acara olahraga.
Walaupun diberikan jaminan sedemikian oleh Hans, namun begitu keraguan tetap ada dalam kalangan penyokong mengenai keadaan padang yang mungkin sedikit sebanyak tetap akan terjejas kerana konsert tersebut.
BACA LAGI: Gandingan Arif-Roy King tumpas tipis di final Spain Masters
Rumput Bukit Jalil terus menjadi kecaman penyokong. — Agensi
Konsert tersebut akan diadakan selama sehari dan selepas itu PSM mempunyai masa yang begitu singkat untuk menyediakan padang yang terbaik sebelum Harimau Malaya turun beraksi.
Jika sekali lagi mereka gagal menyediakan padang berkualiti, Hans dan PSM perlu berdepan kecaman hebat penyokong Harimau Malaya yang lebih hebat berbanding sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram