Pan-gon sedia angkat kaki tinggalkan skuad, apa dah jadi dengan Harimau Malaya lepas pulang dari Doha?


  • Podium
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Selepas tumbang dua kali berturut-turut menentang Oman, Pan-gon dikhabarkan sudah bersedia untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya. — Agensi

KEM Harimau Malaya bertiup kencang apabila Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon didakwa bakal meninggalkan pasukan tersebut sekiranya khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Ia berikutan selepas sebuah akhbar tempatan mendedahkan bahawa pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah bersedia untuk angkat kaki.

Menurut sumber, barisan kejurulatihan Pan-gon sudah menghantar surat kepada badan induk itu dan menuntut pampasan hanya tiga bulan sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menamatkan khidmat mereka.

"Difahamkan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya termasuk Pan-gon sudah menghantar surat sekali gus bersedia untuk meninggalkan pasukan kebangsaan jika khidmat mereka tidak diperlukan," katanya.

Ia susulan selepas skuad kebangsaan itu tewas dua kali berturut-turut di tangan Oman yang sekali gus memberi tamparan hebat kepada pasukan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia 2027 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

BACA LAGI: Rajagobal, Razman Roslan masih belum cemas, yakin Pan-gon ada taktik lain

WhatsApp Image 2024-03-30 at 16.37.45

Skuad Harimau Malaya gagal mencuri mata aksi berdepan Oman di laman sendiri. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Casagrande bukan naturalisasi Penang FC, disebut bakal ke Selangor FC

Meninjau ruangan komen di media sosial, rata-rata penyokong Harimau Malaya mahu FAM mengekalkan Pan-gon lebih lama untuk membimbing skuad kebangsaan di masa akan datang.

"Nampaknya kalau kau letak orang planet Pluto sekalipun tidak akan ke mana juga. Aku rasa yang problem pemain kita sendiri dari segi mentaliti, cepat 'gabra', tak boleh nak gelecek basic, percaturan kelam-kabut macam main bola liga dusun, speed pun ke laut, tak kreatif, kreatif main dalam PS4 saja.

"Semangat juang negara nak menang bagai pun entah apa-apa, harap hujung bulan gaji masuk saja, semua dari kita sendiri yang salah, selagi kita tak disiplin macam pemain Asian seperti dari negara sushi dan ramen," kata Farm Wood.

"Kita patut berikan KPG ruang untuk menghabiskan assignment dengan HM sehingga selesai dua perlawanan terakhir. Sekiranya HM gagal, barulah FAM terima surat penamatan tersebut with mutual termination.

"Bagi dua perlawanan terakhir, KPG harus berani mengetepikan pemain yang tidak ada hati bermain untuk HM. Perlawanan dengan Oman tempoh hari telah menunjukkan beberapa pemain harus disingkirkan dan membawa masuk pemain baharu," kata Musa Ismail.

Dalam pada itu pemerhati bola sepak tanah air, Piang Shangkly mendakwa, Pan-gon mungkin tidak tahan dengan pengurusan badan induk bola sepak negara.

"Bukan Pan-gon seorang, barisan kejurulatihan juga sedia resign malah sudah belasan staf 'Kelana Jaya' turut resign dan ada yang dipecat. Lepas puasa, kita ulas apa dah jadi dengan Harimau Malaya lepas pulang dari Doha," katanya.

Dalam perkembangan sama, FAM dalam satu siaran media pada Ahad menafikan Pan-gon menghantar surat sekali gus kontraknya kekal sehingga musim 2025.

"Saya ingin menafikan laporan berita yang disiarkan di portal Berita Harian Online pada pukul 7:57 malam tadi bahawa saya telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia dan bersedia untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya.

"Kenyataan dalam laporan berita tersebut yang dipetik daripada sumber itu sama sekali tidak tepat kerana saya tidak menghantar apa-apa surat berkaitan perkara tersebut.

"Untuk makluman semua penyokong Harimau Malaya, saya akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontrak saya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027," kata Pan-gon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram