Teruja kali pertama pindah ke Borneo, Jordan Mintah tak sabar berganding dengan ex-TFC


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Sebahagian sesi latihan skuad kendalian Aidil Sharin dalam persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2024. — Facebook/Kuchingcityfc

BEKAS penyerang Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas menjadi rekrut terbaharu Kuching City FC.

Bagi penyerang kelahiran Ghana itu, dia mempunyai alasan yang ideal untuk menyertai Kuching City untuk musim 2024/25.

Pemain berusia 28 tahun itu turut mendedahkan bahawa mengagumi pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak kerana bekas pemain Singapura itu mencipta kejayaan ketika membimbing Kedah musim 2019 hingga 2022 dan membawa skuad tersebut ke Piala FA pada 2019 dan dua kali naib juara Liga Super pada 2020 dan 2021.

Selepas menabur bakti di Kedah, Aidil mengambil alih jawatan sebagai Ketua Jurulatih The Cats musim lalu dan berjaya membawa pasukan itu bergelar naib juara Piala Cabaran 2023.

Mintah, yang beraksi untuk Sang Penyu musim 2020 hingga 2023 mendedahkan bahawa dia sepatutnya menyertai Kuching City pada jendela perpindahan kedua musim lalu.

BACA LAGI: Pan-gon sedia angkat kaki tinggalkan skuad, apa dah jadi dengan Harimau Malaya lepas pulang dari Doha?

WhatsApp Image 2024-03-31 at 14.34.36

Jordan Mintah (tengah) yakin kehadirannya ke skuad The Cats akan membantu pasukan tersebut meraih keputusan positif. — Facebook/Kuchingcityfc

BACA LAGI: Casagrande bukan naturalisasi Penang FC, disebut bakal perkuat Gergasi Merah

“Atas sebab tertentu, proses pinjaman tidak berjalan lancar musim lalu. Saya rasa ada beberapa salah faham yang mengecewakan saya. Tetapi saya gembira membuat perpindahan tetap musim ini. Perkara yang terbaik adalah jurulatih Aidil menginginkan khidmat saya.

“Apabila anda menerima tawaran daripada salah seorang jurulatih terbaik Liga Super, sudah pasti anda tidak akan menolak.

"Saya tahu hanya Aidil saja boleh menjadikan saya pemain yang lebih baik. Saya gembira menerima tawaran daripadanya dan berpindah ke Borneo buat kali pertama," katanya.

Selain Mintah, antara muka baharu skuad Kuching City ialah penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre, pemain tengah, Nigeria James Okwuosa, pemain tengah Guyana, Keanu Marsh-Brown, pemain tengah, Rodney Celvin Akwensivie, pemain sayap, Filemon Anyie Standly, Arif Fadzilah, penjaga gol, Shahril Saa'ri, Nur Shamie Iszuan Amin dan Zharmien Asyraf.

Mintah juga mendedahkan bahawa tidak sabar untuk bergandingan dengan Tchetche, Arif dan Petrus Shitembi yang juga merupakan bekas rakan sepasukannya ketika di Terengganu.

“Mereka adalah rakan sepasukan di Terengganu dan saya tidak sabar untuk menantikan musim yang baharu bersama mereka," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram