SEBUT sahaja nama Martin Nguyen, sudah pasti ramai yang mengenali susuk tubuh berkenaan.
Manakan tidak, Nguyen merupakan peninju yang pernah mencetuskan kontroversi dengan tumbukan KO dilakukan olehnya ketika berdepan legenda Filipina, Eduard Folayang.
Pada November 2017, Nguyen melakar kejayaan bersejarah dalam perlawanan One Championship selepas menumbangkan Folayang dengan hanya satu pukulan.
BACA LAGI: Casagrande bukan naturalisasi Penang FC, disebut bakal perkuat Gergasi Merah
Ia berlaku semasa perlawanan untuk merebut gelaran One Lightweight MMA dalam saingan One: Legends of the World yang berlangsung di Asia Arena Manila, Filipina.
Dalam aksi tersebut, kedua-dua peninju berkenaan memulakan asakan demi asakan namun Nguyen berjaya mematahkan serangan Folayang.
Selepas Nguyen melakukan serangan balas, Folayang dengan tiba-tiba terbaring di atas gelanggang tanpa sedarkan diri.
Meskipun berdepan detik cemas tersebut, Nguyen berjaya bergelar juara dalam kejohanan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram