'Saya rasa macam 2 tahun', rekrut import dah anggap Selangor seperti rumah sendiri


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Suasana harmoni diterapkan skuad Gergasi Merah menjelang pembukaan saingan Liga Malaysia tidak lama lagi. — Facebook/Selangor FC

DALAM usaha memberi saingan di pentas Asia musim depan, Selangor FC memilih untuk melakukan rombakan dengan membawa masuk import baharu.

Antara nama yang pastinya mencuri perhatian ialah pemain sayap, Alvin Fortes yang hadir dengan reputasi cukup baik selepas membuktikan diri dalam Liga Thailand.

Dia yang dijangka digandingkan di samping Faisal Halim dan seorang lagi rekrut baharu, Ronnie Fernandez pasti diharapkan mampu menguatkan lagi barisan serangan pasukan.

Bagaimanapun, penyokong masih gusar akan kebolehannya untuk menyesuaikan diri dalam pasukan kerana dia sering disisihkan di kelab lamanya, Ratchaburi FC.

BACA LAGI: Bakal dibuka untuk Piala Sultan Selangor, ada cadangan jadikan Stadium Merdeka gelanggang rasmi HM

431799298_914979590633770_7568134467930749738_n

Fortes dijangka diletakkan di samping Ronnie dan Faisal Halim musim depan. Facebook/Selangor FC

Selain itu, Alvin yang merupakan pemain dari Cape Verde dikhuatiri akan menyukarkannya mendapat tempat dalam skuad kendalian Nidzam Jamil.

Namun, bagi penyerang berusia 29 tahun tersebut, suasana harmoni dalam Selangor FC membolehkannya berasa amat dihargai dan mudah menyesuaikan diri.

"Orang mungkin tidak percaya apa saya mahu katakan, tetapi saya rasa berada di rumah sendiri selepas hanya di sini untuk dua bulan. Saya rasa seperti sudah dua tahun.

"Ini merupakan kumpulan pemain paling rapat pernah saya rasakan dengan suasana itu akan membantu pemain berasa senang di atas padang," katanya.

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

4492498

Fortes (kiri) ketika beraksi bersama Ratchaburi FC dalam Liga Thailand. — Facebook/Ratchaburi FC

Fortes mempunyai reputasi cukup baik kerana pernah menyertai akademi di Belanda, seperti skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Vitesse dan RKC Waalwijk.

Kini, kebolehan dan kepantasannya pasti diharapkan mampu membawa skuad Gergasi Merah yang akan berentap dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2 2024/25.

Harapan itu seakan-akan disedari penyerang berkenaan yang mula meletakkan misi tersendiri untuk membantu kelabnya musim depan.

"Selain mahu mencipta peluang buat rakan sepasukan, saya juga mempunyai sasaran peribadi dalam meraih 10 gol dalam kesemua kejohanan," katanya lagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram