Casagrande bukan naturalisasi Penang FC, disebut bakal perkuat Gergasi Merah


  • Podium
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Casagrande mencipta nama ketika dua kali menyertai skuad Harimau Kumbang. — Facebook/Penang FC

NAMA bekas penyerang Penang FC, Casagrande mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas dikhabarkan bakal ke pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang.

Difahamkan, Casagrande yang juga merupakan bekas penyerang Negeri Sembilan FC (NSFC) itu dijangka akan menabur bakti bersama Selangor FC menjelang musim 2024/25.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengerusi Penang FC, Daniel Gooi kepada penyokong dalam sebuah pertemuan pada Sabtu.

"Casagrande yang dikatakan naturalisasi tidak berada dalam perancangan pasukan Penang FC dan pemain tersebut dikatakan sudah mendapat tawaran bersama pasukan Selangor FC," katanya.

Ia berikutan selepas penyerang kelahiran Brazil itu dikhabarkan bakal bergelar pemain naturalisasi dalam masa yang terdekat.

BACA LAGI: Dalam diam buat kerja, ex- Penang, skuad Jang hampiri status naturalisasi

Casagrande

Casagrande (kiri) bersama kenalan yang difahamkan ejennya. Instagram/Casagrande

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

Khabar angin tersebut dianggap benar apabila penyerang berketinggian 1.93 meter itu memuat naik sekeping gambar di laman Instagram peribadinya.

Hantaran itu dibuat memaparkan pemain berkenaan bersama ejennya yang mewakili Etminan Brazil di ruang legar Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini.

Untuk rekod, penyerang berusia 33 tahun itu memulakan karier dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2016 bersama Kuala Lumpur City.

Kini, dia yang berstatus sebagai ejen bebas terpalit dengan khabar angin mengatakan pemain itu bakal kembali ke pangkuan skuad Harimau Kumbang yang diwakilinya sebanyak dua kali.

Namun begitu, hasrat penyokong Harimau Kumbang untuk melihat Casagrande beraksi bersama Penang FC tidak kesampaian selepas menerima khabar bahawa dia akan beraksi bersama Selangor FC.

Sebelum ini, skuad Harimau Kumbang itu berjaya mendapatkan dua pemain Gergasi Merah secara pinjaman iaitu penjaga gol Harimau Malaya, Sikh Izhan Nazrel dan pertahanan import daripada Nigeria, Richmond Ankrah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram