Akmal Rizal pertimbang import posisi AMF, 2 pemain Korea dalam perancangan Penang


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Pemain dari Korea Selatan (kiri) masih berada dalam tempoh percubaan bersama Penang FC. — Facebook/PenangFC

BERBAKI sebulan lagi sebelum Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 bermula, Penang FC masih giat memburu pemain baharu dalam misi untuk mengembalikan skuad Harimau Kumbang di landasan tepat selepas aksi suram musim lepas.

Penang FC yang meletakkan sasaran keputusan lebih baik dari musim lepas pastinya mendorong mereka untuk merekrut pemain berkualiti dari segala aspek dan setakat ini Harimau Kumbang sudah menandatangani dua bintang import baharu.

Dua bintang import tersebut ialah Rodrigo Dias ditugaskan untuk mengemudi jentera serangan dan pertahanan import daripada Nigeria iaitu Richmond Ankrah yang dipinjamkan selama semusim.

Pencarian pemain baharu import masih lagi diteruskan dengan Penang difahamkan sedang mempertimbangkan untuk merekrut seorang pemain di posisi tengah menyerang bagi mengharungi liga musim ini.

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

WhatsApp Image 2024-03-31 at 12.00.10

Akmal Rizal pada awalnya mengesahkan Penang hanya menggunakan khidmat tiga pemain import untuk saingan Liga M 2024/2025.— Facebook/PenangFC

BACA LAGI: Dalam diam buat kerja, ex- Penang, skuad Jang hampiri status naturalisasi

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengerusi Penang FC, Daniel Gooi kepada penyokong dalam sebuah pertemuan pada Sabtu.

"Wakil penyokong mohon pertimbangkan pertambahan seorang import di posisi tengah selaku (AMF). Coach (Akmal Rizal Ahmad Rakhli) turut menyatakan pandangannya keperluan import terbabit," petikan rumusan pertemuan wakil penyokong, Penang BPK - Biru Putih Kuning.

Dalam pada itu, Daniel juga tidak menafikan bahawa mereka sedang menguji beberapa calon import termasuk dua pemain Korea Selatan yang sedang dalam pantauan sama ada sesuai dengan Penang FC ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, dua orang pemain yang dipercayai dari negara republik itu menjadi buah mulut penyokong apabila kelibatnya sering berada di sesi latihan namun sehingga kini tidak diumumkan secara rasmi oleh pasukan.

Sekiranya seorang pemain import berhasil ditandatangani kelab Utara tanah air berkenaan, Penang dijangka akan mempunyai tiga pemain dan angka tersebut boleh bertambah selagi jendela perpindahan belum ditutup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram