PERMASALAHAN gaji tertunggak dalam kalangan kelab Liga Super dilihat masih belum dijumpai jalan penamatnya. Ada beberapa kelab sudah menemui nasib mereka.
Ada yang diberikan hukuman berat hingga dihumban ke liga bawahan. Tetapi, ada juga yang menerima peluang kedua dengan syarat segala kesilapan perlu dibaiki dengan segera.
Salah satu daripada kelab yang memperoleh peluang kedua itu adalah Kuala Lumpur City FC. Skuad Warga Kota itu diberi peluang untuk menyelesaikan kemelut kewangan mereka oleh pihak Malaysian Football League (MFL) selain Kedah Darul Aman FC.
Peluang itu jelas sekali diambil sebaiknya oleh pihak pengurusan kelab apabila mereka dilaporkan telah berjaya menyelesaikan isu tunggakan gaji yang melibatkan para pemain dan pegawai kelab.
Menurut perkongsian oleh pemerhati sukan, Fatin Shazwani, KL City telah berjaya melunaskan segala tunggakan sebelum tempoh akhir iaitu 30 Mac 2024.
"Bayaran gaji tertunggak sudah sepenuhnya dilunaskan," katanya memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard.
Dengan terlunasnya tunggakan gaji tersebut, ia telah memberikan nafas baharu buat KL City untuk memulakan musim Liga Super 2024/2025.
BACA LAGI: 'Berguru' dengan Hector Bidgolio, Aidil Zafuan bangga kekal jadi keluarga JDT
Ryan Lambert is on the verge of returning to Kuala Lumpur on-loan. He will follow twin brother Declan to the city. Both these players were signed by JDT during the off season. #MSLTransfer2024 pic.twitter.com/TBOHHUMuJP
— T. Avineshwaran (@avineshW90) March 29, 2024
BACA LAGI: Lepas semusim menyepi, hero Piala Malaysia 2018 Perak kini sertai kelab Lembah Klang
Ia ibarat memberikan permulaan baharu buat kelab Lembah Klang itu dengan mereka bersedia untuk mencari pemain bagi menguatkan pasukan.
Tidak perlu berfikir panjang, KL City dikatakan bersedia untuk membawa pulang gandingan kembar, Ryan dan Declan Lambert kembali ke Cheras.
Menurut pemerhati sukan, T. Avineshwaran, kedua-dua pemain itu akan kembali semula ke pangkuan KL City untuk pinjaman penuh selama semusim selepas mereka mengesahkan menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).
Namun begitu, belum dapat dipastikan sama ada pinjaman tersebut akan membolehkan Ryan dan Declan untuk beraksi menentang JDT atau mereka perlu disisihkan daripada skuad apabila kedua-dua kelab bertemu.
Dengan sudah memahami selok belok pasukan KL City itu sendiri, sudah pasti pasangan kembar itu tidak mempunyai masalah untuk beraksi cemerlang sekali gus memastikan skuad Warga Kota masih mampu mencabar dalam saingan domestik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram