SEMENTARA menunggu masalah tungakan gaji tahun lepas diselesaikan, Kuala Lumpur (KL) City FC sedang berusaha ingin membuka lembaran baharu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
Antara perkara positif yang dilakukan pihak pengurusan skuad Warga Kota setakat ini ialah memperkenalkan pengendali baharu, Miroslav Kuljanac atau lebih dikenali dengan nama panggilan Kuljo dari Croatia bagi menggantikan Nenad Bacina.
Selain itu, pasukan Lembah Klang berkenaan juga tidak ketinggalan untuk menandatangani beberapa pemain seperti pertahanan warisan, Nick Swirad dan S. Sharvin sebagai penyerang sayap kanan.
Usaha membawa masuk pemain baharu disambung lagi apabila naib johan Piala FA 2023 berkenaan ingin membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim pada jendela perpindahan pertama kali ini.
"Bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim kembali ke Liga Super apabila difahamkan menyertai KL City dari Harini FT untuk musim 2024/25," kata pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam pada laman X (Twitter).
BACA LAGI: [VIDEO] Kepala berbalut hingga risiko ACL, 3 pemain JDT jadi 'korban' kekalahan Harimau Malaya
Hafizul antara penjaga gol terbaik Perak. — Facebook/PerakFC
BACA LAGI: 'Tak payah melompat-lompat, cari cheap publicity', TMJ nasihat Arif Aiman lepas menang MVP
Walaupun sepanjang musim lepas nama Hafizul kurang meniti di bibir para penyokong domestik dek beraksi di Liga M3 namun penjaga gol berusia 30 tahun berkenaan mempunyai portfolio yang kukuh sebagai seorang pemain bola sepak tanah air.
Hafizul yang juga pernah menjadi ketua pasukan Perak merupakan salah satu penjaga gol terbaik The Bos Gaurus (TBG) mempunyai rekod 96 penampilan dengan pasukan Perak sejak musim 2016.
Antara pencapaian terbaiknya bersama pasukan Utara tanah air berkenaan apabila membantu Perak meraih gelaran naib juara Liga Super 2018 dan menjuarai Piala Malaysia pada tahun sama.
Selepas menabur bakti selama lapan tahun bersama skuad TBG, pemain kelahiran Ipoh, Perak itu menyertai Penang pada musim 2022 namun khidmatnya tidak disambung sehingga memaksanya untuk mencari makan di saingan Liga M3 bersama Harini FT.
Di peringkat kebangsaan pula, penjaga gol berketinggian 1.85 itu menerima panggilan pertamanya bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia pada 201 dan terpilih dalam skuad 23 pemain Malaysia untuk Kejohanan Piala AFF 2016. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram