Sasar top 6, kapten Perak optimis taruhan muka baharu boleh bantu capai KPI


  • Podium
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Perak FC mensasarkan untuk menduduki tempat enam terbaik dalam Liga Super musim ini. — Perak FC

KETUA pasukan Perak FC, Luciano Guaycochea yakin prestasi kelabnya akan lebih baik berbanding musim lepas.

Selepas mengharungi musim penuh naik turun pada 2023, Perak dilihat berjaya menutup kisah tahun lalu dengan baik apabila berjaya mencipta kejutan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

Kini, tiba masa untuk The Bos Gaurus (TBG) untuk bermula semula dengan sasaran mencapai kedudukan lebih baik pada musim lalu.

Menurut Guaycochea, Perak mensasarkan untuk melakukan perubahan drastik dari segi kedudukan Liga Super dengan menjadikan kedudukan enam terbaik sebagai destinasi pada akhir musim 2024/2025.

Sebagai rekod, Perak cuma menduduki tangga kesebelas liga daripada 14 kelab dengan mengutip 22 mata pada musim lalu.

"Sasaran kami pada musim ini adalah untuk menjadi enam kelab terbaik dalam Liga Super. Kami juga mempunyai persembahan cemerlang pada Piala Malaysia musim lalu dan kami mahu kekalkannya," kata Guaycochea.

BACA LAGI: Rekod gol kurang cantik, Wan Jamak tahu alasan Nafuzi bawa Milos Gordic ke Sang Kenari

433555616_425203750060006_8591752615250749105_n

Para pemain Perak mewujudkan persaingan sihat untuk memperoleh tempat di kesebelasan utama. — Perak FC

BACA LAGI: Dalam diam buat kerja, ex- Penang, skuad Jang hampiri status naturalisasi

Dalam masa yang sama, Guaycochea memuji tindakan kelab yang berjaya mendapatkan pemain berkualiti untuk menguatkan cabaran TBG musim ini.

Salah satu rekrut yang dilihat berpotensi besar adalah ketua pasukan skuad bawah 23 tahun (B-23) Republik Krygyz, Adilet Kanybekov.

"Sangat bagus untuk melihat ramai muka baharu yang benar-benar mampu menguatkan pasukan. Kesemua pemain telah menunjukkan kualiti yang bagus ketika latihan.

"Kami bermain perlawanan persahabatan pada Sabtu lalu menentang Geylang International dan kesemua pemain bersungguh-sungguh menunjukkan aksi yang terbaik supaya mendapat tempat di kesebelasan utama.

"Ia mewujudkan persaingan sihat dalam merebut kesebelasan utama dalam pasukan. Sekarang, kami perlu bekerja untuk membina unit yang kukuh di mana pemain kesemua pemain mengutamakan pasukan dan bekerja untuk mencapai matlamat kami," ujar pemain tengah berusia 31 tahun itu.

Selain Kanybekov, Perak telah membawa masuk penjaga gol Haziq Nadzli, Ramadhan Hamid, Firdaus Irman Fadhil, pertahanan Tommy Mawat Bada, Luiz Motta, pemain sayap Lee Tae-min dan penyerang Harith Akif Sahar serta Azfar Zikri. — THE STAR/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram