Pernah dipilih jadi rakan sparring kelab gergasi Sepanyol, Selangor uji kekuatan dengan JDT


  • Podium
  • Khamis, 28 Mac 2024

Perlawanan Selangor menentang Sevilla itu berakhir dengan keputusan 0-2. — Agensi

SELANGOR FC ketika era Mehmet Durakovic disifatkan antara zaman kegemilangan skuad Gergasi Merah dengan jurulatih kelahiran Yugoslavia itu membantu kelab menghuni kedudukan Liga Super pada musim 2014 dan 2015.

Selain itu, Durakovic juga memimpin Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan keputusan 2-0 dengan kedua-dua gol dicetak oleh penyerang tempatan, Hazwan Bakri.

Zaman kegemilangan Durakovic juga menyaksikan kelab gergasi Sepanyol, Sevilla FC hadir ke tanah air untuk satu mengadakan aksi perlawanan persahabatan menentang Selangor pada Mei 2014.

Sebelum perlawanan menentang juara Liga Europa pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam itu, Gergasi Merah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Super yang berakhir dengan keputusan 1-0.

Durokovic berkata, Selangor sudah membuat persiapan dan teruja untuk turun ke padang bertemu juara Liga Europa itu.

BACA LAGI: Bantu Selangor harungi musim panjang, Nidzam Jamil buru 2 pembantu gred Asia

BACA LAGI: Sense of belonging fans Selangor dipuji penyokong Sri Pahang

"Ia satu kepuasan dan penghormatan untuk menerima kunjungan kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu di Malaysia dan diharapkan kita dapat menyaksikan perlawanan yang seimbang," katanya memetik laporan media pada 10 tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ketika itu, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, ia merupakan impian menjadi kenyataan bagi beliau untuk menyaksikan Selangor menentang Sevilla.

"Saya berharap semua pemain dapat mempelajari gaya dan selok-belok bola sepak daripada juara sebenarnya dan kemudian mempraktikkannya dalam liga kita," katanya.

Perlawanan menentang Sevilla itu berakhir dengan keputusan 0-2 dengan jaringan dari Piotr Trochowslo pada minit ke-30 dan tandukan Figueiras menambah derita pasukan tuan rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram