'Tak payah melompat-lompat, cari cheap publicity', TMJ nasihat Arif Aiman lepas menang MVP


  • Podium
  • Rabu, 27 Mac 2024

Arif Aiman mencipta sensasi apabila berjaya merangkul gelaran MVP untuk tiga musim berturut-turut. — Instagram/officialjohor

PADA Isnin, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengangkat pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23).

Bintang Harimau Malaya itu mencipta sensasi apabila berjaya merangkul gelaran tersebut untuk tiga musim berturut-turut sekali gus menguatkan namanya sebagai pemain handalan negara.

Selain daripada anugerah MVP, Arif turut membolot anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik serta berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Super (tempatan) bersama-sama Faisal Halim dari Selangor FC.

BACA LAGI: 'Keadaan padang bunuh rentak', Harimau Malaya tempang, janggal di gelanggang sendiri

WhatsApp Image 2024-03-27 at 10.40.16

Kata-kata nasihat TMJ kepada Arif Aiman. — Instagram/officialjohor

BACA LAGI: JDT terlepas 3 sepakan penalti, Farizal Marlias tambah kedukaan ekor Harimau Selatan

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim amat berbangga dengan pencapaian yang dilakar pemain sayap skuad kebangsaan itu.

Menerusi satu perkongsian laman media di Instagram officialjohor, TMJ turut memberi nasihat kepada Arif Aiman agar terus merendah diri dan kekal berdisiplin dalam mengekalkan prestasi cemerlangnya itu.

"Tahniah Arif Aiman. Tak payah nak melompat-lompat, kejar camera sini sana, cari cheap publicity.

"Just focus on football. Well done, tulis TMJ menerusi di ruangan komen.

Arif kemudiannya membalas komen berkenaan dan ramai menjangka pemain sayap Harimau Selatan itu akan tampil dengan cemerlang musim depan.

"Junjung kasih Tunku," tulis Arif di ruangan komen yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram