[VIDEO] Pemain muda maut lepas perut ditendang ketika cuba keluarkan bola


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Tangkap layar para pemain mengerumuni Jazzar yang sedang rebah di atas padang selepas ditendang pemain lawan baru-baru ini.

PERISTIWA tragis menimpa arena bola sepak Algeria selepas seorang bintang muda, Wassim Jazzar meninggal dunia selepas terkena sepakan di perut dalam satu perlawanan di negara berkenaan baru-baru ini.

Tendangan yang menimpa pemain berusia 17 tahun itu berlaku ketika Jazzar bertembung dengan salah seorang tonggak pertahanan pasukan lawan dalam percubaan untuk mengeluarkan bola.

Semasa dia cuba untuk mengeluarkan bola, pertahanan yang ingin melakukan terjahan itu secara tidak sengaja menendang perut Jazzar sehingga pemain berkenaan rebah di atas padang.

Berdasarkan video perlawanan yang tular di media sosial sejak Selasa, pemain dari kedua-dua pasukan mengeremuni Jazzar dan pengadil perlawanan juga secara tidak langsung menghentikan perlawanan.

BACA LAGI: Padang SNBJ tidak bersedia, tidak baik untuk perlawanan esok — Jurulatih Oman

BACA LAGI: Kalau menang memang wonderful, teruja nak tengok status padang — Pan-gon

Laporan tempatan mengatakan pemain muda berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kereta biasa berikutan tiada ambulans atau doktor di sekitar kawasan padang tersebut.

Media tempatan mendakwa bahawa Jazzar disahkan meninggal dunia sejurus terkena sepakan berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Algeria, Walid Sadi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Jazzar dan menyifatkan ia adalah kehilangan besar untuk dunia bola sepak.

Insiden menyayat hati itu menimbulkan kebimbangan mengenai keperluan untuk meningkatkan langkah keselamatan dan menyediakan khidmat perubatan yang lebih cepat semasa perlawanan bola sepak untuk mengelakkan tragedi sedemikian berlaku pada masa hadapan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram